Thursday, June 23, 2011

46. ARTIS PUJAAN

Selamat pagi Khamis buat semua…

Sejak dua menjak nie mcm malas aje nak update blog tah kenapa. Semangat tu tak mcm masa baru2 tulis entry dulu. Bukan tak ada masa dan idea tp mood tak dok. Bila tak ada mood melanda diri, tak dapat eden nak menolongkan.

Sekrg dok fikir dan termenung sejenak kenapa ya…..dia buat akak mcm nie. Takkan hantar pm message mcm tu aje terus block akak. Tp tu bukan perkara utama dah org tak nak fren dgn kita nak buat mcm mana kan…Tak kisahlah. Selama ini kita ikhlas dan bukannya nak menyibuk. Sbb akak sakit hati sgt sbb kita tak pernah nak fikir bukan2 bila bab nak berkawan nie. Tapi dier anggap kita lain.

Dulu ada lah seorang artis yang akak add dier dalam fren list akak. Pada mulanya mmg nak add saje2 aje, nak ramaikan fren list aje..Hu hu hu…motif dier tak ingat kan.

Kita mmglah tak boleh nak tulis kat wall dier, tp artis nie active update status kat wall dier, so senanglah peminat nak jawab kegiatan dier. Akak pun cubalah pada suatu hari. Nampaknya ada fed back, sejak hari tu akak terus lah jadi kawan di alam maya dengan dier.

Mula2 happy sgt2 sebab pada masa tu rasa dah anggap dier mcm kakak maklumlah akak nie tak dok kakak. Kata2 dia mcm beri satu perangsang kat akak. Akak jadi semangat nak bukak fb pada tiap2 hari untuk masuk kat wall dier dan nak tau apa dier nak tulis pada tiap2 hari.

Pada suatu hari dia update yang dier berada kat Megaview Hotel. Aiiikkksss kat sebelah akak aje. Punyalah excited terus tulis kat comment dier yang akak ada berhampiran bolehlah jumpa. Gembira pada ketika kerana dapat jumpa fren kita kat fb. Sebab selalu kita mesra dlm wall aje.

Akak pun pilah ke sana dan sempat bergambar dengan artis serta pelakon yang dah lama tak muncul di tv kan. Gembira tak terkira. Walau hanya seketika cuma, tapi perasaan tu tak tergambar dengan kata2. Habis semua akak cerita pada rakan2….. Siap puji lagi orgnya sgt peramah dan baik sgt2. Sentiasa tersenyum dan kelakar orgnya..

Tapi tu semua jadi kenang2an…..dah masuk jadi lipatan sejarah dah. Kadang2 rindu gak nak jengah dan tanya khabar dier. Nasib akak baik kerana artis ada buat blog, jadi akak jengah lah blog dier untuk tahu perkembangan dier.

Mesti korang kata pedulikan lah dier kan nak buat apa sibuk2 lagi. Mula2 mmg akak tak ambik pusing dan biarkan tp akak nie jenis yang take care ngan kawan2 so nak buat mcm kan…. Kalau korang buat akak mcm tu pun akak akan bertanya dengan rakan2 yang lain perkembangan korang. Huh u hu terharu tak dengan pengakuan akak nie….mestilah kan.

Apa2 pun nie hanyalah luahan hati sendiri aje…pada artis tu minta maaf jika ada salah dan silap terkasar bahasa sepanjang persahabatan yang singkat tu. Akak doakan agar dia senantiasa sihat disamping keluarga tersayang.


Kau senantiasa di hati ku......


So hari nie artis nie kehilangan adik bongsu dier buat selama-lamanya. Marilah kita sedekahkan Al Fatihah……..Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amiinnnn…



No comments:

Post a Comment