Saturday, June 25, 2011

47. BEGUK BERJANGKIT

gambar2 ehsan GOOGLE

Usah dipandang ringan, boleh dicegah dengan suntikan vaksin

Beguk satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia menyebabkan pembengkakan dan rasa sakit pada kelenjar parotid. Ia mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripaada mulut, hidung serta tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin. Ia boleh berjangkit tiga atau empat hari selepas pembengkakan bermula.

Setengah orang yang dijangkiti symptom awal, mereka mungkin menghadapi demam, sakit kepala, mulut kering dan hilang selera selain keletihan dan bengkak pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid. Gegala ini biasanya hilang dalam masa 10 hingga 12 hari.

Beguk biasanya boleh dicegah dengan vaksin. Vaksin beguk ini diberi pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berusia 7 tahun sebagai sebahagian daripada vaksin MMR iaitu (mumps, measles and rubella). Vaksin ini amat berkesan untuk mencegah beguk.

Walaupun beguk tidak dianggap bahaya kerana boleh pulih sepenuhnya. Ia tidak harus dipandang ringan. Beguk boleh menyebabkan komplikasi :-

v  Encephalitis (pembengkakan pada otak)
v  Meningitis (pembengkakan pada lapisan otak)
v  Panccreatitis (pembengkakan pada pancreas)
v  Orchtis (lebam pada testis) berlaku pada lelaki dewasa
v  Pekak

Bagaimana ia dirawat?

Tiada ubat yang khusus untuk beguk tetapi symptom yang dihadapi boleh dilegakan dengan :

v  Paracetamol untuk mengurangkan demam dan rasa sakit
v  Mengambil lebih minuman. Tetapi elakkan jus yang berasid
v  Letakkan ais pada kelenjar parotid atau testis untuk melegakan kesakitan
v  Orang yang dijangkiti hendaklah tinggal di rumah sehingga sembilan hari selepas pembengkakan kelenjar saliva atau sehingga bengkak berkenaan hilang.



Sumber dari Berita Harian 21 June 2011, Kementerian Kesihatan

No comments:

Post a Comment