PROSES PENUAAN DAPAT DILAMBATKAN JIKA KITA MENGAMALKAN PEMAKANAN YANG SEIMBANG. BANYAKKAN MAKANAN BERSERAT TINGGI, SAYUR DAN BUAH-BUAHAN. KURANGKAN MAKANAN BERLEMAK, MINUMAN YANG MENGANDUNGI BANYAK KAFEIN, MINUMAN RINGAN DAN MAKANAN RINGAN.
2. GUNA PELEMBAP YANG SESUAI
APABILA UMUR KITA MENJANGKAU 30-AN, KEANJALAN DAN KELEMBAPAN KULIT SEMAKIN KURANG. OLEH ITU PENGGUNAAN KRIM PELEMBAP SANGAT DIPERLUKAN. CARILAH PELEMBAP YANG SESUAI DENGAN KULIT MUKA MASING-MASING. HARUSLAH DIINGATKAN YANG KRIM MUKA JENAMA POPULAR DAN MAHAL TIDAK SEMESTINYAN SESUAI DENGAN JENIS KULIT KITA
3. CUBA ELAKKAN DARI PANCARAN CAHAYA MATAHARI
JANGAN BIARKAN MUKA ANDA BANYAK TERDEDAH KEPADA CAHAYA MATAHARI DI DALAM JANGKAMASA YANG PANJANG. PENDEDAHAN YANG LAMA BUKAN SAJA DAPAT MENGGELAPKAN KULIT, IANYA JUGA DAPAT MENGURANGKAN KELEMBAPAN KULIT YANG MEMBAWA KEPADA KEKERINGAN.
4. SENTIASA BERSENAM
BERSENAM MAMPU MENINGKAT KEUPAYAAN DAN KESIHATAN. PASTIKAN KITA MELAKUKAN SENAMAN RINGAN SETIAP HARI SELEPAS BANGUN TIDUR. DAN KALAU ADA MASA, LAKUKAN SENAMAN SEKURANG-KURANGNYA 3 KALI SEMINGGU.
5. MINUM BANYAK AIR
KEKERINGAN DAN GEJALA PENUAAN BOLEH DIPERLAMBATKAN DENGAN MEMINUM BANYAK AIR. INI KERANA AIR ADALAH ASET PENTING UNTUK KESIHATAN TUBUH BADAN TERUTAMANYA KULIT MUKA. KEKURANGAN JUMLAH AIR DALAM BADAN BOLEH MENYEBABKAN KITA MUDAH DISERANG PELBAGAI PENYAKIT UNTUK PROSES PENGHADAMAN DAN PENYINGKIRAN TOKSIB DALAM TUBUH BADAN.
6. MAKANAN TAMBAHAN
PENGAMBILAN VITAMIN ADALAH AMAT DIGALAKKAN UNTUK WANITA 30-AN. KESIBUKKAN DENGAN TUGASAN DI PEJABAT DAN DIRUMAH MENYEBABKAN KEBANYAKKAN WANITA JARANG MENGAMALKAN PEMAKANAN SEIMBANG. JADI PENGAMBILAN VITAMIN DAPAT MEMBANTU MENYELESAIKANNYA.
7. ELAKKAN BERMEKAP TEBAL
WANITA 30-AN SEELOK-ELOKNYA MENGGUNAKAN MEKAP YANG NIPIS DAN BERSEDARHANA. CUBA ELAKKAN DARI MENGUNAKAN FOUNDATION YANG TEBAL SERTA LIPSTICK YANG MERAH MENYALA. IANYA AKAN MEMBUATKAN WANITA INI NAMPAK LEBIH TUA DAN GARANG.
8. POSITIF, CERIA DAN SELALU BERSAMA YANG TERSAYANG
WANITA 30-AN MESTILAH MENGAMALKAN SIKAP POSITIF, SENTIASA CERIA DAN SELALU BERSAMA YANG TERSAYANG. KEHADIRAN ORANG-ORANG TERSAYANG DISEKELILING DAPAT MEMBANTU WANITA MEMBINA KEYAKINAN DIRI DAN MENGHILANGKAN STRESS.
“KERANA DIRI KU BEGITU BERHARGA “
“KEJELITAAN ADALAH HAK MILIK SETIAP INSAN”
*** GAMBAR SUMBER DARI GOOGLE
### ARTIKEL DIPETIK DARI BERITA HARIAN ISNIN 9/5/2011