Tuesday, June 14, 2011

43. YUS WAISAR FAN CLUB FIRST GATHERING

Assalamualaikum semua…….

Lama betul rasanya tak bersiaran ya. Hampir sebulan gitu. Ade ke pembaca setia nie. Ahhh jangan perasan ler Cik Ita weiii.. Tak pelah kan aku menulis nie pun bukan kerana nama tp aku menulis kerana minat sendiri dan bacaan serta luahan hati diri sendiri aje. Kalau ada pembaca itu kira bonus ler. Terima kasih ya……

Kat sini akak nak cerita sikit peristiwa yang berlaku mgu lepas. Ia akan menjadi kenangan yang terindah dalam memori yang tercipta. Waaahh gitu bermadah berhelah lagi kan.

Petang Jumaat yang lepas akak ke Kuala Lumpur hanya tujuan untuk jumpa kawan2 kat FB. Anda percaya ke tak??? Kalau tak percaya korang tgk sendiri gambar2 kenangan yang kat bawah nanti ya.

Seperti biasa sampai KL tinggal kat umah kawan baik akak, KAM….Tapi kali nie dia betul2 dah tak larat nak layan akak (Kam, akak tak kisah pun…akak faham maklumlah dah berdua kan opppsss salah dah bertiga.. Tahniah Kam kerana bakal jadi ibu Insyallah kepada 2 baby …jaga kandungan dan kasihatan elok2 ya)

Pagi tu akak pun bergegas mencari tiket untuk pulang ke Kuantan dulu. Dalam keadaan serba salah nak beli jam 6.00 atau 7.30 petang, akhirnya keputusan dibuat pukul 6.00 petang. So lepas tu akak pun naik lrt menuju ke Ampang dan seterusnya ambil bus ke Ampang Point. Mudah aje kan perjalanan akak. Clear and smooth aje, tak perlu tgu lama2 pun.

Sampai Ampang Point sahabat dari YWFC ambil akak kat situ and then terus ke tempat perjumpaan iaitu Satay Station.

Bukan mudah untuk mengumpul orang2 yang datang dari jauh dan dekat nie kan. Amat2 mencabar.

Kami dihidangkan dengan satay (hheeee heee tak biaso makan satay siang2 selalu malam2 aje kan. Kalau ada siang pun masa rumah terbuka pada hari raya) dan ada gak mee rebus serta air sejuk kow2 apple juice asam boi (yang nie paling laku), orange juice and sky juice (diakhir2 baru sold out kerana cuaca yang amat2 panas)

Tp Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Dapat jugak bergedix sakan hari tu. Tak hinggat.. Dalam bergedix dan seronok2 tu perasaan bimbang gak takut tak sempat ngan bus balik Kuantan nanti. Nasib baik sempat dan ngam2 ho aje. Terima kasih pada sahabat Kak Su hantar smpi kat stesen LRT.

Walaupun penat, letih dan apa2 lah sewaktu dengannya tp amat2 berbaloi. Biarlah org nak kata apa2 pun sbb sanggup pi KL semata2 sbb tu. Tp sekurang2 nya akak happy dan amat2 puas hati.

Tanggal 4hb June 2011 akan terpahat di ingatan dan akan menjadi lipatan sejarah dan sweet memories yang tak akan dilupakan sampai bila2.

Walau pun masa begitu mencemburui kita orang tapi dengan masa yang singkat tulah yang membuat hubungan bertambah mesra.

Kan akak dah tekad hari tu….suatu hari nanti pasti ada gambar akak dengan PELAKON PUJAAN nie kan….TGK2222



We are the happy family.














ANTARA GIFT YANG DITERIMA

TGK DAH MCM ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG KAN

KERONGSANG

NIE KAD AKAK YANG REKACIPTA CANTIK TAK



Jika diizinkan kita pasti akan kembali bertemu……

1 comment:

  1. wah !..4 Jun 2012 aritu genap setahun dah la ek =)
    from ~RK~

    ReplyDelete