Nie akak nak story sambungan dari cite dapat surat temuduga tu kan. Elleeehh mcm drama bersiri lak ada sambungan2 kan.
Apa2 aje lah janji akak hepi dengan apa yang akak buat. Do I care !!!!!!!
Biler terima aje surat temuduga tu, bermulalah pencarian file sijil2 nie. Dulu akak pernah berkata “File, ko duduk diam2 kat sini yer..Aku malas dah tengok ko. Kerja tak pernah dapat apatah lagi panggil interview..Nampak gayanya ko dah tak harapan”
Mungkin kata2 inilah membuatkan file akak nie merajuk tak sedar diri. Puas cari bawah katil, dalam almari, belakang almari, atas almari semua akak cari tiada.
Betul2 letih tau. Sakit hati kenangkan nya. Dalam hati mula terfikir mungkin akak terbuang masa house keeping majalah lama tu. Yalah betul lah…
Tak boleh jadi kena buat sesuatu nie. Apalagi check kat internet bagaimana nak salinan sijil SPM dan SRP. Oppps memakan masa 3 bulan lah. Tak pelah kita buat aje proses dier nanti2 nak pakai gak kan.
Kena buat surat akaun sumpah pulak mengatakan sijil2 SPM dan SRP hilang. Pastu akak sendiri lak cadangkan pada diri sendiri buat satu surat sumpah mengatakan akak dah terhilangkan file sijil2. Bayar kos surat akuan sumpah RM 8.00……..
Lepas tu buat pertama kali setelah hampir 20 tahun akak menjejak kaki kat sekolah lama iaitu Sekolah Menengah (P) Methodist, Kuantan. Dah banyak betul perubahan kan. Rasa macam nak masuk balik dan nak belajar sungguh2.
Akak pun pi jumpa kerani kat sekolah tu dan menyatakan hasrat akak ke sana. Akak pun katalah file sijil hilang dalam simpanan tak tau kemana pi. Pastu mintak jasabaik pihak sekolah untuk membuat salinan. Tapi kerani nie tak berapa cerdik gak kan. Akak kata lah nak salinan sijil2 sekolah yang boleh bagi kat akak contohnya sijil berhenti dan apa2lah sewaktu dengan nya yang boleh pihak sekolah keluarkan.
Nak tau apa kerani tu ckp tak boleh buat sebab sijil asal tak der. Dalam hati kata bangang kerani sekor nie kalau ada sijil asal bak pe lah aku nie susah payah datang kat sini minta salinan. Korang fikir lah sendiri logik ke tak…..
Berkali2 akak katakan yang sijil asal akak hilang….hilang dan masih mengulangi ayat yang sama berkali2. Akak pun hilanglah kesabaran sikit dan biler akak meninggikan sikit suara barulah reti bahasa sikit. OOOhhhh rupanya nak kena ckp kuat sikit baru reti bahasa rupanya…..
Selesai satu bab kan…..lepas 2 minggu akak cuma dapat salinan surat berhenti dan testimoni kalau tak silap…Tu lak kena bayar RM 20.00 rasanya. Kos lagi. Banyak betul melabur.
Sekarang kena pi Pejabat Pendaftaran lak buat surat beranak ………yang nie rasanya kena bayar gak tp lupa pulak kena bayar berapa rasanya dalam RM 5.00…..
Settle lepas 1 minggu siap…..
Dalam hati rasa bimbang dan tak berapa nak confident lagi. Salinan sijil2 semua dah disahkan dan tawakkal ajelah dengan apa yang ada kan.
Dalam masa yang sama tu banyak gak laman web dan blog yang akak lawati untuk mencari dan mengumpul maklumat untuk pi temuduga. Antara laman blog yang bagus untuk mencari dan kongsi maklumat ialah kerja kerajaan-blog
Buat kajian tentang soalan2 yang bakal ditanya dan abis akak print segala maklumat yang dirasa perlu. Tebal jugalah maklumat tersebut. Sampai mak sound haiii dah mcm study kat “U” aje…….
Nasib baik gak kemudahan ada kan. Manfaatkan aje segala apa yang ada…
Dalam study2 tu perasan mencari file masih diteruskan…. Semakin hari semakin mendebarkan.
Tiba2 PM kita buat pengumuman yang 31/12/2010 sebagai cuti umum sempena Malaysia menang dalam perlawanan bola sepak…Piala apa tak ingat lak pulak, tp tu sejarah dalam Malaysia kerana Malaysia tak pernah menang buat sekian lamanya…..
Telefon SPA dan temuduga ditangguhkan pada 15/01/2011 waahhh ada masa lagi nak akak study dan yang penting misi mencari file masih diteruskan.
TO BE CONTINUED…………
sis nak tanye sijil berhenti sekolah klo hilang pegi jmpe krani dpt ye salinan nye?
ReplyDeleteHilang gak ke? Sama la kita. Haah kena pergi kt kerani sekolah. Sy ni pn dalam proses nk dptkan balik
ReplyDeleteHilang gak ke? Sama la kita. Haah kena pergi kt kerani sekolah. Sy ni pn dalam proses nk dptkan balik
ReplyDeleteMacam mana nak dapatkan sijil berhenti sekolah yang baru? Cikgu kata sekolah takde simpan salinan...
ReplyDeleteuntung rm10.. sekolah aku kira rm5 setahun.. hahahaha
ReplyDeleteSalam, kalau sijil akademik yg lain macam sijil dekan semua tu ada harapan ke nak dapat balik ? Satu file sijil dan dokumen penting hilang ðŸ˜
ReplyDeleteSaya pun sama 1 file sijil hilang sedih
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletenak tanya...nak kena wat surat angkat sumpah ka kalau sijil spm n berhenti sekolah hilang
ReplyDeleteKak kalau sijil" kokurikulum hilng blh dapatkn blik tk ?? ðŸ˜
ReplyDelete