Sambungan dari interview hari tu tp Ita copy dan paste dari diari yang Ita simpan dalam komputer….(baru jumpa dalam komputer nie setelah 2 3 hari ini nak buat kerja-kerja pemBERSIHAN ….)
Hari yg ditunggu-tunggu pun tiba dengan langkah bergaya dan yakin Ita ke Indera Mahkota Jabatan Pertanian. Naik ke tingkat 7 dan bilik mesyuaratnya. Tiba di sana Ita lihat dah ader sorang yang sedang menunggu. Pastu ada staff kat pejabat tu beri arahan supaya tandatangan surat kehadiran dan menulis nombor ke berapa datang. Maknanya Ita no 2 walau dalam list mengatakan Ita no 1. Ahh perasaan berdebar makin kencang namun Ita sembunyikan perasaan tersebut. Tak lama lepas pegawai dari SPA keluar dan menyuruh semua tandatangan list yang dibawanya pulak. Dan mengatakan masuk temuduga ikut list yg dinyatakan, YA ALLAH bertambah kencang lagi nie…mulalah nak kencing lah nak berak lah. Kwang…kwannnng
Dengan tenang Ita masuk ke bilik temuduga setelah loceng dibunyikan. Dengan petua-petua yg Ita baca kat internet dan tekad untuk membuat dan menjawab soalan2 yg dikemukan sebaik mgkn. Antara soalan-soalan yang ditanya :
1) Perkenalkan diri anda?
2) Kenapa baru sekarang mintak kerja kerajaan setelah 15 tahun berlalu?
3) Kenapa pilih jawatan kerani? – Ita jawablah kerja kerani nie byk cabaran dan bla….bla
4) Apakah cabaran yang dihadapi selama bekerja sebagai kerani? – Dier tanya lak kita balik…
5) Berapa gaji dan elaun2 yang diterima?
6) Berapa hari cuti dijabatan kerajaan?
7) Berapa gaji sekarang dan KWSP berapa dipotong?
8) Apa yang patut dibuat jika KETUA JABATAN nak ke luar Negara?
9) Ada apa-apa soalan?
Rasanya mcm nak pi interview sekali lagi….menyesal. Rasa mcm tak puas dengan jawapan2 yang diberikan. Nampak mcm senang aje soalan2 tu kan. AHHHHHHHHRRGGGGGGHHHH….tapi dah tak dapat buat aper2 krn benda tu dah berlalu. Nak menyesal pun tiada guna, apa2 pun Ita dah try my best dan berusaha sungguh2 untuk mendapatkan tempat di sektor awam. Jika Ita ader rezeki adalah tu nanti. Tak sabar nak tgu result pada 14/02/2011 (Isnin)
Sama ada Ita
1) Maaf anda gagal, atau
2) Anda menjadi menjadi calon simpanan atau
3) Tahniah anda Berjaya…….
Apa2 pun kita tgu dan lihat……………..
No comments:
Post a Comment