SENGAJA DIPERBESARKAN NIE.... |
Salam buat semua……
Korang minat tak cite cina..tah lah akak nie mmg kaki cerita cina tau. Tahlah mmg sejak dari sekolah dulu2 lagi dah minat..
Smpi mak akak panggil akak HANTU CINA….
Pantang lah ditayangkan kat tv tu mesti melekat punyerlah. Pulak tu masa tgk mesti nak beri tumpuan sepenuhnya, kalau nak pi toilet pun kena tgu iklan….
Kalau korang masih ingat, nie nak bagi reminder balik masa sekolah dulu2 top cite nie…
Ingat lagi masa tu bulan posa. Waktu rehat kan mestilah tak boleh makan minum tapi kalau ada yang curik2 minum air sirap tu faham2 ajelah pompuan kan. Masa mcm2 tulah air sirap yang tawar dan seeejuukkk bangat terasa mcm best aje (tu bagi yang berposa tgk yang curik2 minum tu padahal air tu bukan best sangat pun. Tapi semua tu DUUGGGAAANNNNKAN)
Bagi yang sekolah MGS tu mesti tau aper aktiviti kita masa bulan posa di waktu rehat kan. Kita diharus bertadarus Al Quran. Tapi kita semua bukan bertadarus tapi dok cite berkenaan cerita cina yang berlaku sehari sebelum tu.
Yang akak ingat masa group tu antaranya mestilah akak kan, Linda, Idah, rasa tak silap kak nurul pun ader kot dan kak Ina akak tak pasti lak. Termasuk group ke tak. Maaflah ingat2 luper. Saper2 yang ingat tu sila2 lah mengaku ya.
Sok sek sok sek….
Ala jahat lah dier tu…..kesian dier tu…..kenapa lah org nie tak bercinta ngan org nie…Macam lah dok bincang, macam lah u alls tu pengarah kan.
Kerana demam cite tu akak smpi minat pelakon lelaki tu..
Siap beli majalah cina dan kaset dier lagi. Ahhhaakkks. Pantang ader gmbr dier pasti akak beli punyer. Dulu senang cari majalah2 sbb dia antara terfemes pelakon dan penyanyi pada masa itu. Sbb dia digelar king antara 4 king termasuk lah Andy Lau, Aaron Kwok dan Jacky Cheung.
Kaset dia tah kemana pergi……maklumlah dok pindah randah hilang dalam simpanan.
Ada satu buku tu akak tempek semua gmbr dia dan heroin cite tu. Hmmmmmm Hmmmm nak tau buku tu masih ader dlm simpanan akak tau. Akak pun pelik kenapa buku dier akak simpan ngan baik sampai sekrg. Kalau lah dier tau akak nie peminat dari dulu mesti dia nangis punyalah.
HHHaaaa haaaa hhaaaa perasan pulak.
Lagi satu akak siap hantar nama akak dalam Majalah Galaxie lagi tau. Dulu2 kat dlm Galaxie ader satu ruangan akak pun dah tak ingat aper namanya. Tapi ruangan tu kita berpeluang bertukar2 gmbr tak kira lah dari majalah ke surat khabar ke atau aper2 ajelah.
Contoh yer mcm akak ader gmbr Andy Lau…akak bagi tau lah dalam ruangan tu akak ader stok poster atau apa2 yang berkenaan dengan Andy Lau. Dan pihak lagi satu ader gmbr Leon Lai, jadi we all tukar lah suka sama suka.
Sampai ke Indonesia pun akak dapat member tau. Tp sayang dah terputus hubungan….
Bila terfikir sekrg rasa nak ketawa pun ader…
Kelakor…kelakor…kelakor….
No comments:
Post a Comment