Thursday, April 28, 2011

35. SAYUR DAN BUAH YANG BOLEH MENGUATKAN TUBUH


Nak jadi pakar pemakanan lak hari nie ……………..
Jadi nak kongsi2 kan untuk renungan dan manfaat bersama…
SHARING IS CARING kan
Enam jenis makanan terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buajan yang boleh diambil untuk mengawal tubuh daripada mudah dijangkiti penyakit

1. SALERI
Merupakan sejenis sayur berbatang lembut, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, magnesium, karotin, vitamin A, B kompleks dan C. Biasanya ia digunakan dalam perubatan secara tradisional bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Sayur ini juga dipercayai dapat melancarkan pusingan haid dan mengatasi masalah keputihan. Malah, saleri boleh merawat penyakit kulit seperti jerawat serta ruam. (kalau tak silap dia ada dicampurkan dalam tomyam kan. Selalu akak buang aje)
2. JAMBU BATU
Kulit buah dan isi yang keras paling banyak mengandungi vitamin C yang penting untuk kesihatan kulit, gigi, gusi dan penyembuhan luka. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan penyakit skurvi, masalah gusi dan gigi serta luka tidak sembuh dengan sempurna. Manakala daun dan bunga jambu batu pula mengandungi vitamin B iaitu pektin sejenis serabut larut yang dapat membantu mengurangkan kolestrol dalam darah, terutamanya kolestrol tidak baik jenis LDL. (oooo mcm tu ke baru tau….nasib baik tiap2 bulan mesti ader makan, lagipun antara fevered buah)

3. BUAH DELIMA
Kebiasaannya buah delima sedap dimakan segar mahupun dibuat minuman jus, sirap dan ada juga yang menjadikannya sebagai salad buah dan sayur serta rojak. Jusnya diminum untuk rawatan demam panas, batuk, ulser dalam mulut dan melawaskan pembuangan air besar. Delima mengandungi tannin, asid sitrik (mempunyai anti oksidan dan kesan antitumor dalam kajian keatas haiwan), vitamin C dan asid borik yang menpunyai kesan antiseptik. (yang nie lah best gak kan, tp kadang2 aje berjumpa)
4. BETIK
Buah ini mengandungi kalium, kalsium, vitamin A, C dan karpain (berupaya melambatkan degupan jantung, menurunkan tekanan darah tinggi, membunuh amoeba dan merangsang pembuangan air kecil. Air rebusan betik muda dipercayai dapat merawat darah tinggi. (la merangsang air kecil rupanya selama nie ingat air besar)


5. DURIAN BELANDA
Dimakan mentah bila masak, dibuat jus buah atau aiskrim. Ia juga mengandungi fosforus, kalsium, vitamin B dan C. Fosforus penting untuk metabolisme tenaga, penyerapan nutrien, membentuk tulang dan gigi yang sihat. Manakala kalsium pula penting mengawal dengupan jantung. Ia amat penting kepada wanita yang putus haid bagi menghalang osteoporosis. (ooo lagu tu rupanya)
6. KUBIS
Dipercayai kubis mengandungi agen antikanser lebih berbanding dengan sayur-sayuran lain. Disamping itu, ia juga dikatakan mampu mencegah ulser perut, selain daripada mengandungi anti bacteria bagi meningkatkan lagi sistem imunisasi tubuh. Sayur ini biasanya dimakan mentah, dimasak mahupun dijadikan sebagai ulam khas bagi kesihatan diri (yang nie pun sayur feveret akak tau…menu sayur yang tak pernah miss dalam menu. Cicah ngan budu pun sodap nie.)

No comments:

Post a Comment