Thursday, June 23, 2011

45. CABARAN TERIMA SURAT TEMUDUGA



Assalamualaikum semua…….

Selamat Hari Rabu ya….Amacam semua nya sihat?? Kalau tak sihat tu cepat2 makan ubat yer. Kalau dibiarkan ia melarat lak. Siapa yang susah mereka dan keluarga mereka lah kan.

Ohhh rasa gembira dalam hati nie hanya Allah aje yang tu. Alhamdulillah akhirnya berjaya gak. Kalau ku tahu dapat tidaklah akak berasak2 masa ujian bertulis kat MPK dulu kan. Punyalah ramai calon lebih kurang 24,000 orang. Fuuuuhhhhhh dah penuh dewan ramai gak lagi yang kat luar dewan tu. Semua pun dengan harapan yang sama ingin lulus dalam ujian tu dan berjaya mendapatkan pekerjaan.

Soalan dier mmg susah dan mengelirukan kita, akak lebih rela soalan yang ditanya sama dengan soalan yang masa temuduga taklah susah sangat. Psssttt tapi ada gak yang kata senang. Tu terpulanglah dengan masing2 kan. Mgkn apa yang dier study masuk. So tepuk dada tanyalah selera anda??? Do I care… (Dier kata mcm tu sebab dah confident akan dapat sbb ada Cable) Senanglah ka nada cable nie, tak payah susah2 fikir dan study tentu nya dapat. Suka hati dierlah rezeki masing2.

Akak nie hampir 15 tahun menunggu. Kan dulu2 SPA keluarkan borang yang lorek2 dengan pensil sama mcm periksa objekif masa sekolah dulu2. Dari zaman tu tulis borang hinggalah secara on-line. Biler expired aje renew, biler expired renew…haram satu pun tak panggil interview. Kadang2 rasa gak betul ke cara akak tulis borang nie. Ada tahun tu stop on-line borang merajuk lah konon2nya kan. Pastu pantang tahu ada jawatan kosong pasti akak hantar punya, banyak jugaklah kan…Masa nie pun byk gak pelaburan keluar mana sampul surat lagi (bukan ambil yang free tau, tak pernah tau ambil yang opis punyer akak sendiri beli kat kedai), setem dan photostate sijil2 (yang nie adalah kot hi hi hi, jgn cite kat org tau…RAHSIA)

Tah kenapa ada sekali balik dari kerja akak terasa mcm nak jenguk peti surat. Tgk2 adalah sekeping surat yang terselit jauh ke dalam dan lekat kat peti surat tu kerana keadaan cuaca yang kejap panas dan hujan. Hiiissh surat dari SPA takkan nak hantar surat confirmation penerimaan borang secara on-line. Dah dekat setahun dan baru nak renew secara on-line.
Tengok keadaan surat tu mcm dah lama aje, akak intai2 surat tu, haaaaa surat panggilan temuduga nie, janganlah dah lepas tu aje yang akak harapkan. Hiiissshhh payah lah pulak surat nie nak bukak tgk2 opppps nasib baik tak lepas lagi…jeng jeng jeng 31/12/2010. Ahhhh lega rasanya sampai terduduk akak kat depan umah bawah peti surat. Hhheee hhee heee punyalah excited tu baru terima surat temuduga dan cabaran terima surat.

Dalam kepala dok fikir mcm2 dah nie…apa soalan2 dier dan manalak file sijil2 ????? jeng jeng jeng……….

Tapi memang banyak cabaran dan dugaan harus aku tempuhi kali  yang betul2 menguji tahap kesabaran hinggalah ke akhinya. Soooo tunggu ya next entry akak sambung balik. Nanti boring lak kan.



No comments:

Post a Comment