Wednesday, June 15, 2011

44. MENGURANGKAN KOLESTROL



Amalkan langkah-langkah ini untuk menurunkan risiko anda terhadap kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah.

1. Makan makanan yang sihat untuk jantung seperti :-

·         Susu skim atau susu 1% lemak
·         Yogurt rendah lemak
·         Keju rendah atau tanpa lemak
·         Ikan
·         Ayam dan ayam belanda tanpa kulit
·         Daging yang dipotong nipis
·         Bijirin, pasta dan kekacang
·         Jagung, roti
·         Sayu-sayuran dan buah-buahan


2. Kurangkan pengambilan makanan berikut :-
·         Marjerin dan minyak
·         Nangka, cempedak, langsat, pisang, anggur dan air kelapa
·         Kacang tanah

3. Elakkan mengambil makanan ini :

·         Susu penuh krim
·         Krim dan ais krim
·         Keju tinggi lemak
·         Mentega
·         Lemak daging
·         Sosej, hot dog, bologna
·         Organ dalam haiwan seperti hati dan pedal
·         Kuning telur
·         Santan kelapa dan lemak haiwan

4.  Pilih aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama keluarga anda seperti :

·         Berjalan
·         Senamrobik
·         Berkebun
·         Menari
·         Bersukan
·         Bermain lompat tali



5. Sasarkan berat unggul anda. Ambil langkah-langkah yang dapat menurunkan berat badan anda jika terlebih berat badan. Cuba turunkan berat badan secara perlahan-lahan. Cuba amalkan cara-cara berikut :-

·         Elakkan mengambil makanan yang tinggi lemak dan kalori
·         Ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit
·         Makan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai snek
·         Bakar, rebus dan panggang makanan anda
·         Lakukan aktiviti fizikal setiap hari




No comments:

Post a Comment