Wednesday, July 27, 2011

59. PANDUAN MENGECAT

GAMBAR EHSAN GOOGLE


Panduan sapuan cat pada permukaan baru

1.    Lapisan kayu, gunakan cat asas kayu disusuli dengan satu lapisan cat alas dan dua lapisan cat kilat

2.    Permukaan besi dan keluli, satu lapisan cat asas logam oksida merah atau cat asas logam zink kromat disusuli dengan satu lapisan cat asas sebelum mengecat dua lapisan cat kilat

3.    Bagi permukaan besi yang baru atau penuh dicat, pastikan permukaan itu kering bersih daripada habuk karat dan minyak

4.    Cat sedia digunakan dan jika perlu gunakan pencair kegunaan am atau “turpentine”

5.    Biarkan lapan jam atau hingga kering sebelum mengecat semula

PANDUAN MENGECAT

Persediaan

·         Pastikan ruang yang mahu dicat itu kosong
·         Tampalkan pita pelekat pada tingkap, birai dan suis lampu
·         Tutup perabot dan lantai dengan surat khabar lama
·         Pastikan dinding bersih daripada sebarang bekas paku, cat luntur, rekahan, lelehan air pada cat lama

Panduan keselamatan

·         Baca label dan fahami arahan yang diberikan
·         Pakai topi, sarung tangan dan pelindung mata yang sesuai
·         Jauhkan cat daripada kanak-kanak
·         Simpan lebihan cat di tempat sejuk, kering dan berudara
·         Jika terkena mata, cuci dengan air yang banyak. Dapatkan rawatan sekiranya sakit berterusan
·         Jika terkena kulit, kesat segera dengan kain dan cuci menggunakan air serta sabun
·         Tutup tin cat dengan rapat selepas digunakan. Jangan biarkan cat terdedah
·         Gunakan beg sampah khas untuk cat dan pastikan ia dibuang ke dalam tong sampah tertutup
·         Pastikan peredaran udara baik ketika mengecat. Buka tingkap dan pintu jika ada bau kurang menyenangkan.




Empat langkah sebelum mengecat

·         Pastikan dinding diperiksa dan semua kesan yang tidak sepatutnya diperbetulkan untuk mendapatkan liputan sekatan dan tahan lebih lama
·         Lubang dan rekahan – Tampal dengan bahan penampal dan gunakan kertas pasir pada bahagian yang ditampal
·         Permukaan kasar – Gunakan kertas pasir untuk meratakan permukaan
·         Bekas paku – Tampal dengan penampal Cat terkopek – Kikis dan bersihkan dengan pisau pertukangan
·         Gunakan kertas pasir untuk meratakan permukaan

Panduan ketika mengecat Siling

·         Mulakan dengan mengecat siling bagi mengelakkan cat menitik ke atas permukaan yang baru dicat
·         Cara mengikut lebar terpendek untuk hasil lebih sekata
·         Dinding – Mulakan dengan sempadan dinding dan sapukan ke bawah. Pada dinding atau pintu, cat bahagian atas diikuti bahagian tepid an bawah
·         Pintu dan tingkap – Tutup kawasan seperti tombol dan sandal yang tidak perlu dicat dengan pita pelekat
·         Cat bahagian dalam bingkai, diikuti luar. Untuk pintu, cat permukaan yang timbul diikuti panel, segmen mendatar, segmen menegak dan diakhiri dengan bingkai
·         Lantai – Bahagian terakhir selepas cat pada dinding, pintu dan tingkap kering

Wednesday, July 20, 2011

58. KHASIAT MINYAK MASAK

Semua gambar dari ehsan Mr GOOGLE

MINYAK BUNGA MATAHARI

Minyak biji bunga matahari adalah satu minyak alami yang menyihatkan. Seperti minyak zaitun, minyak bunga matahari sangat disarankan dipakai untuk mengolah masakan.

Kandungan lemak tepunya jauh lebih rendah dan baik untuk kesihatan jantung berbanding minyak sawit dan jagung. Minyak bunga matahari mempunyai warna sangat jernih dan tiada bau hanyir apabila dimasak dan sangat cair pada suhu bilik, tidak seperti minyak kelapa sawit yang amat likat.

Selain itu minyak bunga matahari juga tidak merosakkan rasa masakan, kaya vitamin A, C, D dan E yang diperlukan untuk nutrisi tubuh, selain membantu meningkatkan stamina, menurunkan kolestrol dan sesuai untuk pesakit diabetes.




MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun bukan sajaha rendah kandungan lemak tepu tetapi kandungan lemak mono tak tepunya jauh lebih tinggi berbanding minyak jagung. Tidak dinafikan, minyak zaitun harganya terlalu tinggi dan sering digunakan bagi masakan Mediteranean.

Walaupun ramai yang mengatakan makanan yang dimasak menggunakan minyak zaitun tidak sesedap berbanding minyak masak lain, namun ia ada kelebihan tersendiri khususnya sudut kesihatan.

Minyak masak selain yang berasaskan minyak zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolestrol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak itu memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun, minyak zaitun sekalipun digunakan berulang kali tidak akan berubah warna dan bau.

Perut akan terasa ringan dan puas apabila seseorang mengambil makanan yang ada minyak ini sehingga membuatkan mereka berhenti sebelum kenyang. Ia adalah kesan daripada penguraian tenaga di hati minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat bermanfaat.

Minyak zaitun tidak sesuai untuk menggoreng tetapi boleh mengurangkan pengambilan diet harian. Ia turut membekal vitamin E yang tinggi dan menghindari penyakit kardiovaskular.




MINYAK JAGUNG

Dihasilkan daripada biji jagung dan germ. Minyak ini mempunyai kandungan lemak tepu sedikit rendah berbanding minyak sawit. Minyak ini biasanya digunakan untuk menggoreng.

Apabila makanan menggunakan minyak ini jangan terlalu panas dan jangan dipakai untuk menggoreng berulang kali ia bagi menggelakkan khasianya berkurangan.

Ia mengandungi sejumlah besar zat biologi aktif termasuk phosphatides, positif mempengaruhi jaringan otak, pro-vitamin A dan vitamin E yang tinggi, lestin iaitu antioksidan yang aktif serta sumber asid lemak Omega 6 yang baik untuk kulit.

Selain boleh membantu pesakit diabetes, mengelakkan obesity dan menurunkan kolestrol. Minyak ini juga didakwa berupaya mengurangkan ketegangan saraf, keletihan, meningkatkan metabolism dan meningkatkan warna kulit.




MINYAK KACANG

Dihasilkan daripada kacang dan diketahui mempunyai sedikit bau. Di United Kingdom ia dipasarkan sebagai minyak Groundnut. Ia mengandungi lemak cukup tinggi dan sering digunakan dalam masakan Asia Selatan atau Asia Tenggara. Lazimnya digunakan bagi menggoreng makanan terutama kentang jejari, ikan, ayam dan sebagainya.

Antara khasiatnya pula ialah mempunyai sumber tenaga, protein, vitamin dan serta mineral termasuk fosfor, kalium, magnesium dan kalsium.




Sumber dari Berita Harian 07 Julai 2011

57. ZIP


Korang nak dengar tak cite berkenaan dengan Zip?????

Dulu masa kecik2 minat giler dengan coklat Cadbury Zip nie. Kalau boleh tiap2 hari…fffuuuuuuhhhhh sedap dier hingga sanggup menjilat plastic dier tu…Maklumlah dulu2 kedai runcit mcm biasa aje bukan macam sekarang nie kedai kebanyakkan dah ada penghawa dingin kan.

Lagi pun pada masa tu rasa2nya harga dier dalam 40 sen aje berbanding sekarang dah mencecah RM 1 lebih satu…tp sekarang kebanyakkan dia dah pack dalam rasa2nya ada dalam 4 -  5 batang.

Pada suatu hari tu, kebetulan adik Ita nak pi kedai so Ita kirimlah beli Zip nie….dan siap pesan suruh beli perisa mcm nie….mcm nie….



Tunggu punya tunggu dier pun balik lah dengan lenggang lenguk nya….kecur air liur tak usah kiralah kan…. Tak sabar2 nak menikmati coklat kegemaran…….

Jeng2 ……………….

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

Yang dibawa baliknya……………




Ita       :           Yang ko beli Zip warna pink nie apa hal…
Adik    :           Yalah dah awk pesan Zip warna pink kan..
Ita       :           Zip strawberrylah, ada lak bawak balik zip.
Adik    :           Ehhh tadi kata zip pink
Ita       :           Abis orang nak buat aper zip pink nie. Kat umah mana ader mesin jahit
Adik    :           Tah…mana orang tahu
Ita       :           ?????? (dalam hati rasa bengang aje. Nak marah pun tak leh sebab                                    memang salah sendirikan) Tp dulu2 mana pandai cakap lagi strawberi2                            nie……cakaplah Zip warna pink…..

So simpan aje lah zip pink tu dan  Ita pun menapak cari Zip perisa Strawberry tu kat kedai. Mana boleh tahan dan ketagih coklat.

Saturday, July 16, 2011

56. AMALKAN CARA HIDUP SIHAT



Kunci untuk sihat sepanjang hayat

Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat :

·         Makan secara sihat
·         Tidak merokok
·         Lakukan aktiviti fizikal
·         Belajar menangani stress

Faedah cara hidup sihat

·         Meningkatkan status kesihatan anda
·         Mengurangkan risiko anda mendapat penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar) dan tekanan darah tinggi
·         Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk kehidupan

Makan secara sihat

·         Nikmati pelbagai jenis makanan
·         Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama – sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam)
·         Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan
·         Pilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak

Contoh sajian

Bijirin produk bijirin dan ubi

©       ½ cawan nasi (putih atau perang)
©       ½ cawan mihun/mi/pasta/lain-lain jenis mi (direndam)
©       1 ½ keping capati
©       ½ cawan keledek/ubi kayu/keladi



Sayur-sayuran

©       ½ cawan sayur hijau tua bersama batangnya (dimasak)
©       ½ cawan sayur buah/berakar (dimasak)

Buah-buahan

©       ½ biji jambu berukuran sedarhana
©       1 hiris betik/nanas


Susu, dadih dan keju

©       1 gelas susu
©       1 cawan dadih
©       1 keping keju

Ikan, ayam dan daging

©       1 ketul paha ayam saiz sedarhana
©       2 ketul daging tanpa lemak berukuran kotak mancis
©       5 sudu besar ikan bilis


SUMBER DARI : BERITA HARIAN 30HB SEPTEMBER 2010
GAMBAR EHSAN GOOGLE

Thursday, July 14, 2011

55. TOLONG!!!! AWEK AKU PONTIANAK

Salam buat semua….

Hari Jumaat yang lepas Ita berkesempatan tgk cite Tolong! Awek Aku Pontianak.

Mula sampai kat tempat beli tiket rasa malu nak sebut nama filem…(apalah Ita nie kan kata nak support filem melayu dan kepada seorang sahabat yang kebetulan berlakon dalam filem tersebut…)

Ita cuma sebut nak cite Tollooonng!!!.

Cite dier no bad langsung…Mula2 cite mcm sedikit hambar dan rasa mcm nak kuar panggung aje. Tapi lama2 rasa mcm tak nak keluar pulak.. Tak kering gusi dibuatnya.

Ingatkan dalam cite aje ada suara Pontianak rupa2nya dalam panggung pun tak terlepas gak…Ada budak2 pompuan tu ketawa sampai tak hingat (smpi ader suara2 dalam panggung tu melaungkan supaya budak tu bersabor sikit dan mengucap banyak…

Nie kenyataan dalam panggung, memanglah tajuk dier mcm pelik sikit tapi lawak dier terbaikkk woookkkk.

Nasib baiklah Ita nie sedar diri sikit (sbb tengok sorang2 tu sbb kawal sikit suara ketawa kalau ramai2 lagi mesti tak hingat dunio)..

Psssttt rasa mcm nak tgk sekali lagi ajer. Kali ini ader saper2 tak yang sudi temankan. Mohhhhlah kita ketawa dan mengilai bersama. (mcm lah ader Cik Ita oiii terimalah hakikat yang kawan ketawa sonang dicari tp bila menangis sorang2….Kadang2 antara situasi2 beginilah lebih baik aku pi posting jauh2…Hhhhhuuuu hhhuuuuu…dlm hati mintak2 lah tak.)

Lawak dier bersahaja aje…Clean dan smooth. Kalau tak percaya tengok lah sendiri akak malas nak cite lebih2 nanti korang tak saspens lak kan.

Tak sangka lak sahabat Ita yang sorang tu berlakon macam tu..(yang tak dapat lupakan masa dia nak di “MAKAN” oleh CIK LANGSUIR……dan mcm mana bunyi Pontianak…



HHHOOOOOOOOOO….. HHHHOOOOOOOOOOOO….


Jalan cite dia lebih kurang mcm nie ya

SINOPSIS

Percintaan dua dunia berbeza… Sebuah filem komedi seram yang mengisahkan Bob, berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat periklanan, di bawah penyeliaan Faizal. Selepas berpisah dengan teman wanitanya (Ina), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartment lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti mereka terbongkar.
Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik. Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Kemudian Faizal berpakat dengan Kamal untuk menakutkan Maya. Tetapi berlaku sebaliknya, Faizal dan Kamal pula yang ketakutan setelah dikacau oleh pontianak. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan menyuruh Kamal mencari bomoh untuk menyiasat kehadiran pontianak dipejabatnya.
Faizal menyatakan keraguannya tentang Maya kepada Pian dan mereka berpakat untuk membongkar identiti Maya dan Liyana. Di parti yang diadakan oleh Faizal, mereka melakukan pelbagai cara untuk membuktikan Maya dan Liyana adalah pontianak. Benarkah Maya dan Liyana pontianak? Dan apa pula hubungan Nadia dengan dua beradik itu? Semuanya akan terjawab dalam filem `Tolong! Awek Aku Pontianak!’.





P/S : Esok kita layan cite FLAT 3A lak ya….Adakah ia betul2 seram mcm iklan tu. Nanti Ita story2 kan yer…(Jangan ditanya Ita tgk ngan saper ya…..seperti biasa Nak Layan Sorang2 aje….KAWAN????? masa dorg suka dan gembira mana lah ingat kat Ita lagi……)