Tuesday, July 5, 2011

49. PERKHIDMATAN BAS DI KUANTAN LEMAH



Salam Selasa buat semua…

Harap semua sihat-sihat selalu. Sekarang rasa mcm tak puas hati dengan perkhidmatan bus di sekitar Bandar Kuantan nie. Budak2 sekarang cakap “HAMPEEEEHHHHH”

Mulai 1hb Julai 2011 dengan rasminya laluan ke Bukit Setongkol dan Cenderawasih telah ditamatkan perkhidmatannya. Siap driver bus buat pengumuman dalam bus lagi semalam.

Tak kisahlah tiada sambutan ke apa ke??? Waktu2 kemuncak seperti waktu pagi dan petang adalah jugak. Dahlah gaji kecik mmg berharap kepada perkhidmatan bus bolehlah jimat sikit belanja. Abis sekarang belanja lebih lah sikit untuk tambang teksi dan kereta sapu.

Tambang bus = RM 1.30 – RM 1.50
Teksi/Prebet sapu = RM 2.00 – RM 3.00
Teksi = RM 10.00 (Petang)

Gaji lak kalau mak cik2 yang jadi tukang cuci tu dalam area RM 500.00 –    RM 600.00 sebulan. Makan minum lagi ???? Belanja dapur ???? Belanja keperluan hidup ???? Memang memeritkan….

Orang yang tak pernah turun / naik bus dan ader kenderaan sendiri mmglah senang berckp kan. Mereka tak pernah merasa susah. Lahir2 aje ke muka bumi nie mak ayah mereka dah ader kenderaan. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Menunggu bus kadang2 yang tak kunjung nak tiba tu mmglah boleh ckp kan.

Bagi yang ada kenderaan sendiri seperti kereta dan motorsikal memanglah tak ada masalah kan. Yang tiada kemudahan2 tersebut mcm akak nie mmg susah yang amat sangat. Faham2 ajelah kalau naik teksi dan juga kereta sapu (kat area rumah akak nie adalah 3 4 buah…rasa lepas nie makin banyak kereta sapu nie)

Teksi kalau pagi memanglah consider ok lagi kalau tambang di caj RM 2.00 sama seperti kereta sapu. Tapi bila waktu petang teksi kat caj lain pulak biler dier “naik” ke destinasi iaitu dalam RM 10.00 satu teksi. Tapi teksi nie demand tak mau penumpang2 di turun dilain-lain tempat. Jawabnya kereta sapu lah jadi pilihan terbaik.

Kadang2 terfikir baik duk kat area Bandar Pekan dari duduk Kuantan nie. Sbb bus ke Pekan banyak sangat2.

Mcm nie caranya Bandar Kuantan nak tukar kepada Bandaraya Kuantan. Berhenti berharap lah.

P/S : HARI NIE 05/07/2011 DALAM BERITA HARIAN ADA CITE MENGENAI PERKHIDMATAN BUS HENTI2 DI BANDAR KUANTAN LEMAH.....BUKAN AKAK AJE YANG CAKAP YE....



No comments:

Post a Comment