Semua gambar ehsan GOOGLE |
Cuaca panas dan kering adalah fenomena yang biasa di kawasan seperti Malaysia. Pendedahan kepada cuaca panas adalah satu penyebab yang menyumbang kepada peningkatan kedatangan pesakit ke klinik, bilangan kemasukan ke hospital dan malahan kematian dari sesuatu penyakit tertentu terutamanya di kalangan kumpulan yang berisiko tinggi.
KESAN KESIHATAN AKIBAT DARI PENDEDAHAN KEPADA CUACA PANAS. KESAN KESIHATAN BERKAITAN CUACA PANAS
Cuaca panas adalah tekanan fizikal kepada badan manusia. Kesan kesihatan adalah berbagai dari sedarhana (mild) kepada teruk seperti strok haba, hanya boleh menyebabkan maut.
Masalah kesihatan boleh terjadi di berbagai tahap suhu disebabkan oleh :
· Pakaian yang berbagai jenis, keadaan pekerjaan, aktiviti fizikal dan beban kerja
· Kumpulan umur
· Kecergasan individu
Kesan kesihatan berkaitan cuaca panas termasuk :
· Keletihan dan kelesuan akibat dari panas (heat fatigue)
· Pitam atau pengsan akibat dari panas (heat syncope)
· Kekejangan akibat dari panas (heat cramps)
· Keletihan dan kepenatan akibat dari panas (heat exhaustion)
· Strok akibat dari panas (heat stroke)
Tanda dan gejala kesihatan berkaitan dengan panas
Tanda-tanda dan gejala masalah kesihatan berkaitan panas adalah pelbagai dan bergantung kepada keterukan dan keadaan sesuatu masalah itu. Gejala-gejala biasa termasuk :
· Sakit kepala
· Keletihan
· Tumpuan lemah
· Pening
· Lemah otot-otot badan atau kekejangan
· Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan koma (tidak sedarkan diri) serta komplikas lain.
Keadaan paling teruk yang boleh berlaku disebabkan masalah berkaitan panas.
· Strok panas boleh menyebabkan maut
· Kerosakan organ badan seperti ginjal, otak, jantung dan hati
KUMPULAN BERISIKO
SIAPAKAH YANG BERISIKO MENGHADAPI MASALAH KESIHATAN BERKAITAN PANAS?
Semua orang adalah berisiko menghadapi masalah kesihatan berkaitan dengan panas. Walau bagaimanapun, kumpulan tertentu adalah lebih berisiko untuk menghadapi kesan kesihatan. Kumpulan ini termasuk :-
· Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera dan lain-lain
· Orang dewasa (orang yang berumur 40 tahun keatas adalah 10 kali ganda lebih berisiko berbanding dengan orang yang lebih muda
· Kanak-kanak berumur 5 ahun ke bawah
· Mereka yang menghadapi masalah pernafasan dan jantung
· Mereka yang menghidapi penyakit dan darah tinggi, kencing manis dan penyakit kelenjar tiriod
Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat, yang menghalang panas keluar dari badan melalui proses penyejatan iaitu pengeringan peluh.
PENCEGAHAN
MENCEGAH ATAU MENGURANGKAN KESAN KESIHATAN AKIBAT DARIPADA CUACA PANAS
“MENCEGAH ADALAH BAIK DARIPADA MENGUBATI”. TERUTAMANYA UNTUK MEREKA YANG DI KLASIFIKASIKAN DALAM KUMPULAN YANG BERISIKO TINGGI, MEREKA ADALAH DINASIHATKAN UNTUK BERHATI-HATI DENGAN KEMUNGKINAN TERSEBUT.
DIBAWAH ADALAH TIP-TIP PENCEGAHAN :-
PERLU
· Minum dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu sehingga anda untuk menyejukkan banda anda
· Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar
· Pakai topi atau paying yang besar semasa keluar rumah
JANGAN/TIDAK PERLU
· Minum minuman yang mengandungi kafein, alcohol atau kandungan gula yang tinggi
· Membiarkan seseorang didalam kereta yang bertutup
· Bersenam dalam cuaca panas
Apakah yang perlu saya lakukan jika saya mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas?
INGAT TIP-TIP DIBAWAH :
· Keluar dari kawasan yang panas
· Tanggalkan pakaian yang ketat
· Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
· Gunakan kipas untuk menyejukkan badan
· Minum setipa 15 minit
· Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
INFO DARI BERITA HARIAN 30 JUNE 2011
No comments:
Post a Comment