Saturday, April 30, 2011

37. KUALA LUMPUR AKU DATANG

Salam Sabtu buat semua…..
Harap2 semuanya sihat. Tah kenapa sejak 2 3 minggu tak mood nak tulis N3….
Bukan sbb malas tau sebenarnya akak dok sibuk ngan aktiviti lain yang akan beri manfaat pada akak punyer follower.

Masih tak faham lagi meh akak terangkan…kan hari tu akak ader ckp saper2 yang jadi follower akak akan bagi dia somethingkan. Sekrg akak tgh sibuk ngan benda tu lah dan cari idea membuat kelainan untuk tiap2 satu dengan yang lain.
Jadi korang tgu and lihat aje lah nanti yer.
Oh ya petang nie akak nak cuti2 ke Kuala Lumpur selama 4 hari 3 malam gitu. Saje nak jalan2 menghabiskan duit mcm lah kat Kuantan tak der tmpt shopping kan. Mengada aje.
Tahlah ingat2 nak pi jalan ke I City kalau ader kesempatan waktu dan ader yg sudi membawa akak ke sana….

Nmpknya tahun nie akak miss ke JOM HEBOH. 2008, 2009 dan 2010 ader bergmbr dengan Harian Metro sebagai kenang2an tp tahun 2011. Tiada.
Nie akak nak kongsi sikit detik2 istimewa akak semasa bekerja 3 hari di ECM Kuantan.



(SORRY GUYS TENET NIE LAIN MCM AJE LEMBAB NAK UPLOAD GMBR TU AJE LAH SETAKAT NIE YER.....NANTI AKAK CUBA LAGI)
So ENJJJOOOYYY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, April 28, 2011

36. MAPEX OH MAPEX


Assalamualaikum…….
Lamanya tak tulis n3, maklumlah bz memanjang. Dari mgu lepas lagi. Mgu lepas lak dari Jumaat hingga Ahad berkampung kat East Coast Mall Kuantan dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Janganlah ditanya kenapa kan?? Keja lah beb mencari sesuap nasi. Menjual rumah sempena pameran MAPEX. Jual rumah yer bukan jual org…???
Penat mmg penat tp berbaloi2 gak lah.  Dapat gak belanja nak pi cuti2 window shopping kat Kuala Lumpur nanti. Ahhh skt aje dapatnya kang kalau byk abis byk. Biasalah zaman sekarang nie duit keluar mcm paip air. Pecah aje RM 50.00 esk dah tinggal RM 10.00. Kadang2 tu dok fikir apa lah aku beli nie smpi tinggal byk tu.
Masa kat ECM tu biasalah kan kadang2 rasa boring sbb tak der org sgt tp biler masa org ramai tu tak menang tangan dibuatnya. Terjual ke rumah?? Mestilah kan tgk lah saper kat kaunter. Walau pun hanya satu atau dua sekurang2 nya ader jugak. Jarang lah syarikat kitaorg pulang tangan kosong.
Tp masa2 mcm nie yang paling best dapat MAKAN??? Kadang2 ader gak bertapis sbb nak jimat. Tapi so far nie oklah tu. Kita bedal cukup2. Bila lagi nak merasa kan, nak pi sendiri mmg payahlah. Yang paling tak best kan ECM nie sbb undang2 dier ketat sgt. Nie tak boleh tu tak boleh. Makan kat kaunter pun tak boleh tau. Kena penalty and then siap snap gmbr lagi.
Dahlah 3 hari berturut2 kat ECM, hari Isnin kena hadiri seminar lak kat Vistana Hotel. Seminar ttg Insuran dan Risiko bagi syarikat perabut dan perkayuan. Punyalah boring and mengantuk.

Kenapalah dia ambil penceramah mcm tu…tak fresh langsung. Dahlah pagi2. Korang nak tau tak bukan hanya akak sorang aje yg rasa mcm tu rupa2nya ramai, ader one Chinese guy tu smpi tertido dan siap berdengkur lagi. Pada mulanya akak ingat member akak sebelah, akak pun buat tinjauan kat mata dier ternyata akak salah. Pastu bunyi makin kuat…makin kuat….
Akak pun pusinglah belakang….tgk2 nah sedap betul die tdo siap peluk tubuh. Agaknya apalah perasaan member yang kat sebelah tu ye..Akak ngan member ketawa tak hingat dunia, hilang kejap mengantuk.
Kita berdua asyik tgk jam aje bila lah nak berakhir. Nasib baik lah dia buat setengah hari aje. Kalau tak mati kutu akak dibuatnya. Sakit belakang2 asyik duduk aje.
Tepat jam 1 tgh hari apa lagi cabut ler…tak tgu2 lama punya. Tapi bukan cabut balik opis tapi jeng jeng jeng…
Makan ler…he he he (jangan mare, dah makan time kan, kelaparan tau)

35. SAYUR DAN BUAH YANG BOLEH MENGUATKAN TUBUH


Nak jadi pakar pemakanan lak hari nie ……………..
Jadi nak kongsi2 kan untuk renungan dan manfaat bersama…
SHARING IS CARING kan
Enam jenis makanan terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buajan yang boleh diambil untuk mengawal tubuh daripada mudah dijangkiti penyakit

1. SALERI
Merupakan sejenis sayur berbatang lembut, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, magnesium, karotin, vitamin A, B kompleks dan C. Biasanya ia digunakan dalam perubatan secara tradisional bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Sayur ini juga dipercayai dapat melancarkan pusingan haid dan mengatasi masalah keputihan. Malah, saleri boleh merawat penyakit kulit seperti jerawat serta ruam. (kalau tak silap dia ada dicampurkan dalam tomyam kan. Selalu akak buang aje)
2. JAMBU BATU
Kulit buah dan isi yang keras paling banyak mengandungi vitamin C yang penting untuk kesihatan kulit, gigi, gusi dan penyembuhan luka. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan penyakit skurvi, masalah gusi dan gigi serta luka tidak sembuh dengan sempurna. Manakala daun dan bunga jambu batu pula mengandungi vitamin B iaitu pektin sejenis serabut larut yang dapat membantu mengurangkan kolestrol dalam darah, terutamanya kolestrol tidak baik jenis LDL. (oooo mcm tu ke baru tau….nasib baik tiap2 bulan mesti ader makan, lagipun antara fevered buah)

3. BUAH DELIMA
Kebiasaannya buah delima sedap dimakan segar mahupun dibuat minuman jus, sirap dan ada juga yang menjadikannya sebagai salad buah dan sayur serta rojak. Jusnya diminum untuk rawatan demam panas, batuk, ulser dalam mulut dan melawaskan pembuangan air besar. Delima mengandungi tannin, asid sitrik (mempunyai anti oksidan dan kesan antitumor dalam kajian keatas haiwan), vitamin C dan asid borik yang menpunyai kesan antiseptik. (yang nie lah best gak kan, tp kadang2 aje berjumpa)
4. BETIK
Buah ini mengandungi kalium, kalsium, vitamin A, C dan karpain (berupaya melambatkan degupan jantung, menurunkan tekanan darah tinggi, membunuh amoeba dan merangsang pembuangan air kecil. Air rebusan betik muda dipercayai dapat merawat darah tinggi. (la merangsang air kecil rupanya selama nie ingat air besar)


5. DURIAN BELANDA
Dimakan mentah bila masak, dibuat jus buah atau aiskrim. Ia juga mengandungi fosforus, kalsium, vitamin B dan C. Fosforus penting untuk metabolisme tenaga, penyerapan nutrien, membentuk tulang dan gigi yang sihat. Manakala kalsium pula penting mengawal dengupan jantung. Ia amat penting kepada wanita yang putus haid bagi menghalang osteoporosis. (ooo lagu tu rupanya)
6. KUBIS
Dipercayai kubis mengandungi agen antikanser lebih berbanding dengan sayur-sayuran lain. Disamping itu, ia juga dikatakan mampu mencegah ulser perut, selain daripada mengandungi anti bacteria bagi meningkatkan lagi sistem imunisasi tubuh. Sayur ini biasanya dimakan mentah, dimasak mahupun dijadikan sebagai ulam khas bagi kesihatan diri (yang nie pun sayur feveret akak tau…menu sayur yang tak pernah miss dalam menu. Cicah ngan budu pun sodap nie.)

Thursday, April 14, 2011

34. FAKTA GULA


1.       APAKAH GULA?
Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh
Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan, dalam bentuk fruktosa, dan susu, dalam bentuk laktosa.
Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga boleh ditambah ke dalam makanan semasa pemprosesan yang dikenali sebagai dula tambahan atau fre sugar
2.       APAKAH SARANAN PENGAMBILAN GULA TAMBAHAN?
WHO 2003 menyarankan gula tambahan tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa, purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g)




3.       APAKAH KESAN PENGAMBILAN GULA SECARA BERLEBIHAN?
Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan
Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangkamasa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesity. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan
Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi (dental caries). Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5%(2005) dan 80.9% dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997)
4.       TIPS MENGURANGKAN GULA
Minumlah air kong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat atau air sirap dan cordial
a. Pilih atau sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula
b. Gantikan minuman manisan seperti kek yang rendah kandungan gula

c. Kurangkan kekerapan mengambil makanan yang bergula
d. Elakkan mengambil makanan yang bergula di antara waktu makan utama dan sebelum tidur
e. Semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan. Sekiranya gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan gula merupakan komponen utama makanan tersebut
f. Hadkan pemgambilan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman
g. Minta untuk kurangkan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis semasa memesan minuman.
h. Periksa kandungan gula dalam label minuman
i. Elak mengambil minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.

Bestnya ....terliur lak tgk...............
Sumber : Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan



Wednesday, April 13, 2011

33. 2 3 HARI DALAM SEJARAH


Salam semua….
Selamat Hari Rabu buat semua, semoga anda ceria2 selalu dan sihat sejahtera hendakNYA…
Tah2 kenapa tiba2 aje semangat akak hilang seketika 2 3 hari nie…Nak kata kekeringan idea enggak pula. Tapi kenapa ye. TEN TEN TEN……
Mula2 nak cite bab Trilogi Cinta (Trilogi Cinta lagi…tak abis2 kan. He he he ada aku kisah) yang dh tamat Ahad lalu.
Korang puas hati tak ending dier…Akak rasa ending dier dlm novel pun lebih kurang mcm tu gak. Tp ia berakhir kat hospital bukan di bilik tidur. Cuma dlm novel penjelasan ttg anak yang dikandung oleh Seha terjawab setelah mendengar pengakuan dari Shahrul…
Baru Jinah nie sedar kesalahan dier kat Razif. Dan dlm novel tak delah digambarkan Seha sakit nak bersalin dan watak si Bad gelabah2 ayam… He he he yang tu kelakor sikit kan, baru nak duduk dlm selimut warna hitam putih tu dah terbantut?????
Dengar cite dari Rosyam dier akan bersambung tp akak ingat mungkin tahun depan baru ader kot. Dan satu ia akan disusuli ngan novel karya Sharifah Abu Salem gak selaku penulis skrip cite tu. Tak tak sabar lak kan. Sbb selalu novel dah diterbitkan beberapa tahun baru di dramakan.
Ahhh kite cite bab F1 lak yer…
Korang ader pengalaman tak pi tgk secara live kat litar… He he he koman2 akak nie akak dh jejak kaki kat litar Sepang tu tau. Fuuuhhh!!! Deruman dia mengetarkan sukma. VRRRROOOOMMM VROOOMMMM







Biarlah pengalaman pertama untuk menjadi sejarah dlm hidup akak. Takkan ader peluang sebegitu lagi kan. Nak pi sendiri jgn harap ler kan. Rasa ari tu dapat tiket kat Grand Stand rasanya. Korang ader tak de kan. Jangan mare, nanti kena jual.
Ingat2 pada mula naklah beli cenderahati tp mak hai harga dier punyalah mahal tak hingat….


Dlm jalan2 tu terpandang lah satu kumpulan gadis litar Petronas yang seksi meksi tu ngah dikelilingi oleh org ramai. Ooo dier sedang bagi2 cenderahati yang berbentuk tangan berwarna hijau yang bleh buat bunyi tu PLAPPP2 tu. Mcm tu lebih kurang bunyi dier…
Akak ngan rombongan apa lagi terkam lah benda Free tu beb. Tu ajelah ader nak simpan sebagai tanda ingatan..
Ala gmbr lak tak der…tah simpan kat mana cd tu. Tak pelah kat pengalaman tu yang penting….
Oppps nak tmbah sikit…pagi tadi akak kemalangan kecil sikit. Luka skit kaki kat buku lali and bengkak. Hu hu hu sakit gak biler tekan kat tmpt lebam tu. Pada semua berhati2 yer biler memandu baik motorsikal dan kereta, sbb malang tak berbau and dier takkan bagi signal biler nak berlaku.
Asal kite lalai skit aje, nah natijahnya apa yang dapat SAKKKIITT!!!!!
Pada yg menunggang motor tu kita kena lebih berhati2 ya sayang…kena sikit aje dah jatuh kan…

Saturday, April 9, 2011

32. LAGI2 TRILOGI CINTA



Salam Sabtu semua……
Nak cerita pasal apa yang hari nie….
Oh yer, jap ya. N3 akak dah buat mgu lepas lagi. Memandangkan esk adalah episode kemuncak jadi kan teng2…..
Blog nie dibuat khas untuk diri sendiri dan peminat TRILOGI CINTA. Kalau ader lah kan peminat cite tu baca blog akak yang tak seberapa nie. Ada aku kisah kalau korang tak setuju dengan apa yang akak cite nie nanti.
Akak tau lah ader setengah2 org tu tak tengok cite Melayu. Biar lantak dorg ler . Saper lagi nak cintai cite Melayu kalau bukan kite. Filem Kita Wajah Kita (mcm tu ke tagline dier…akak pun dh lupe. Bukan bermakna lupa cite2 Melayu tau…)
Ia adalah tanda kasih akak pada cite tu tau dan mengingatkan myself supaya ingati kembali jalan cite, lagu2 dier dan adegan2 yang tak dapat dilupakan tu.
Makin hari makin tak mau nak tgk lak cite nie. Takut pulak cite tu abis, nanti rindu nak tgk babak2 yang mencuit hati dan menyentuh perasaan tu. Hiiissshh TAK NAK TAK NAK…..kenapa cepat sangat abis nie belum puas rasanya menikmati keindahan cite tu.
Rasa mcm cepat aje masa berlalu, rasa seperti baru aje tgk semlm.
Oooohhhh, I will miss that drama very much.
10/04/2011 nanti episode terakhir cite nie…mesti lagi byk adegan2 yang menyentuh hati dan perasaan kan.
Apa kah akan terjadi pada Norjinah??? Adakah dia lumpuh??
Kenapa Razif marah sgt pada Norseha hingga menghalau nya dari umah??
Apakah terjadi pada Shahrul??? Ahhhkksss dlm hati padan muka kena HIV. Baru ko rasa???
Apakah Norseha dan Badrul akan bahagia???
Adakah semuanya mimpi??? Kan tajuk cite tu mcm nie kan TAK SEINDAH MIMPI, TAK SEMANIS IMPIAN DAN TIADA LAGI MIMPI tgk2 tajuk diakan byk mimpi2 gitu.
Ala korang jgnlah emosi sgt, nie pendapat akak aje.

Nie nak iklan aje skt……

Happy bday...
Top of Form
18 March at 04:04 ·LikeUnlike · · View feedback (2)Hide feedback (2) · See friendship
Noorzita Mustapa thanks Abd BAD....sgt2 hargainya.....
18 March at 15:38 · LikeUnlike
§ 
Noorzita Mustapa Ita ucapkan ribuan terima kasih kepada teman-teman yang tersayang kerana memberi ucapan dan doa yang tak putus2. Tak ada ungkapan yang paling sesuai dapat Ita ucapkan selain ucapan terima kasih dan bersyukur. Harap2 perhubungan ini sentiasa berkekalan hendaknya. Apa sekalipun, semoga kalian sentiasa beroleh kebahagian dan keberkatan-Nya. Amin.
18 March at 15:39 · LikeUnlike ·
Nie nak cite skt ttg YUS WAISAR aka BADRUL dlm cite Trilogi Cinta tu. Besar betul pengaruh watak dier dlm cite tu.
Menjadi kegilaan remaja perempuan ketika dan saat nie. Tgk aje account FB dier dari 700 lebih aje sekrg dah masuk hampir 2 ribu. Pssssttt sekarang nie dia dah ader Fan Club tau. Tgk2 kuat buat penangan watak BADRUL nie kan.
Watak dier yang lemah lembut dan sentiasa cool tu menarik perhatian ramai pihak terutama pompuan ler. Ramai yang cair dgn watak dia sebegitu. Rata2 suka ttg Badrol yang telah membuat pergorbanan demi maruah keluarga.
Rasa2 ada tak lelaki seperti tu sekrg nie, sanggup menerima seadanya perempuan dinikahi nyer itu. Sooooo sweeetkan. Hhhhmmmmmmnya manis bak gula.
Dapat adik lak perangai mcm pelesit kota dahlah kaki perempuan, kaki botol perogol lak tu.
Nak-nak dipenghujung cite, sampai akak sendiri dah tak nmpk watak Razif yang dipegang oleh hero Malaya kita sapa lagi kalau bukan Rosyam Noor.  Asyik nak tgk dier aje……(he he he dalam hati gatai nya Cik Ita nie) Ahhhakkkss goli den.


kenangan bersama abg Razif (masa tu punyelah poyo akak kan....)he he he, next time kalau ader rezeki ngan abg BAD lak. tak sabar nak tguuuuuu

Apa2 jgn lupa luper saksikan episode terakhir TRILOGI CINTA yer….





Friday, April 8, 2011

31. BAD MOOD








30. FITNAH



Assalamualaikum…….
Tadi baca paper Berita Harian, biasalah kegiatan pagi2 bukak akhbar dulu, tgk intisari rancangan oppps bukan lah tgk2 berita terkini lah kan. Tp pastikan jangan ambil masa time office hour tau.
Belek2 paper akak terbaca satu tajuk kat ruangan agama tu kan, moh kita share sama2. Moga2 ia menjadi satu peringatan dan tauladan buat akak sendiri dan korang.
KESAN FITNAH LEBIH BAHAYA DARIPADA PEMBUNUHAN
Akak tau kalau akak tak share pun korang pun tau sbb benda2 nie umum. Semua org pun tahu, saje nak imbas kembali. Bak kata Dr. M melayu kan mudah lupa…
ANTARA PETIKAN  HASIL NUKILAN DARI FELO AKADEMIK PUSAT KAJIAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN ISLAM, PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN, USM.
Perbuatan saling memfitnah banyak berlaku dalam masyarakat hari ini yang bertepatan dengan hadis Rasulullah S.A.W bermaksud “Akan muncul suatu ketika iaitu ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasanya sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah.” (Riwayat Muslim)
Fitnah diertikan sebagai sengaja mengadakan keburukan dan kekurangan orang lain, menokok tambah keaiban dan kelemahan orang serta memalsukan kebaikan sehingga menjadi keburukan. Ia boleh berlaku dalam bentuk lisan atau tulisan seperti surat layang, khidmat pesanan ringkas (sms), laman web sosial dan e-mail.
Islam menganggap fitnah satu daripada sifat muzmumah (tercela) dan dilarang Allah seperti dalam Firman-Nya yang bermaksud “Fitnah itu lebih bahaya daripada pembunuhan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 191)
“Jangan kamu ikuti setiap yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah.” (Surah Al-Quran, ayat 29)


Disebabkan terlalu banyak perkara palsu dan pembohongan dalam fitnah, pembuat fitnah biasanya menyembunyikan diri supaya tidak diketahui kerana tidak mahu bertanggungjawab dan menyedari perbuatan itu palsu.
Pembuat fitnah tidak berjaya jika tidak dibantu orang yang menyebarkannya. Sebab itu kedudukan pembuat fitnah dan penyebarnya sama dan meraka akan dimasukkan ke dalam neraka.
Perkara ini dijelaskan dalam hadis diriwayatkan daripada Huzaifah, katanya. Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Riwayat Al-Bukhari)
Lazimnya perbuatan memfitnah berlaku didorong oleh tamak, iri hati dan mementingkan diri. Ia juga boleh berlaku jika seseorang lebih mengutamakan kedudukan dan keduniaan (harta benda) melebihi kepentingan agama.
Implikasi fitnah lebih dasyat daripada membunuh. Jika membunuh hanya membabitkan orang tertentu dan berakhir pada masa tertentu dan berakhir pada masa tertentu, namun fitnah boleh menjatuhkan maruah seseorang dan seterusnya menimbulkan perpecahan, perbalahan, kemusnahan harta serta nyawa dalam jangka masa yang sukar disekat.
Orang yang difitnah akan mempertahankan diri dan apabila tahap kesabarannya mula hilang menyebabkan ia bertindak lebih agresif dan diluar batas kemanusiaan.
RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL…..

Thursday, April 7, 2011

29. HANTU CINA

SENGAJA DIPERBESARKAN NIE....

Salam buat semua……

Korang minat tak cite cina..tah lah akak nie mmg kaki cerita cina tau. Tahlah mmg sejak dari sekolah dulu2 lagi dah minat..
Smpi mak akak panggil akak HANTU CINA….
Pantang lah ditayangkan kat tv tu mesti melekat punyerlah. Pulak tu masa tgk mesti nak beri tumpuan sepenuhnya, kalau nak pi toilet pun kena tgu iklan….
Kalau korang masih ingat, nie nak bagi reminder balik masa sekolah dulu2 top cite nie…
Ingat lagi masa tu bulan posa.  Waktu rehat kan mestilah tak boleh makan minum tapi kalau ada yang curik2 minum air sirap tu faham2 ajelah pompuan kan. Masa mcm2 tulah air sirap yang tawar dan seeejuukkk bangat terasa mcm best aje (tu bagi yang berposa tgk yang curik2 minum tu padahal air tu bukan best sangat pun. Tapi semua tu DUUGGGAAANNNNKAN)
Bagi yang sekolah MGS tu mesti tau aper aktiviti kita masa bulan posa di waktu rehat kan. Kita diharus bertadarus Al Quran. Tapi kita semua bukan bertadarus tapi dok cite berkenaan cerita cina yang berlaku sehari sebelum tu.
Kwang2 terbongkar rahsia….



Yang akak ingat masa group tu antaranya mestilah akak kan, Linda, Idah, rasa tak silap kak nurul pun ader kot dan kak Ina akak tak pasti lak. Termasuk group ke tak. Maaflah ingat2 luper. Saper2 yang ingat tu sila2 lah mengaku ya.
Sok sek sok sek….
Ala jahat lah dier tu…..kesian dier tu…..kenapa lah org nie tak bercinta ngan org nie…Macam lah dok bincang, macam lah u alls tu pengarah kan.
Kerana demam cite tu akak smpi minat pelakon lelaki tu..
Siap beli majalah cina dan kaset dier lagi. Ahhhaakkks. Pantang ader gmbr dier pasti akak beli punyer. Dulu senang cari majalah2 sbb dia antara terfemes pelakon dan penyanyi pada masa itu. Sbb dia digelar king antara 4 king termasuk lah Andy Lau, Aaron Kwok dan Jacky Cheung.
Dia adalah Leon Lai Meng…





Kaset dia tah kemana pergi……maklumlah dok pindah randah hilang dalam simpanan.
Ada satu buku tu akak tempek semua gmbr dia dan heroin cite tu. Hmmmmmm Hmmmm nak tau buku tu masih ader dlm simpanan akak tau. Akak pun pelik kenapa buku dier akak simpan ngan baik sampai sekrg. Kalau lah dier tau akak nie peminat dari dulu mesti dia nangis punyalah.
HHHaaaa haaaa hhaaaa perasan pulak.
Lagi satu akak siap hantar nama akak dalam Majalah Galaxie lagi tau. Dulu2 kat dlm Galaxie ader satu ruangan akak pun dah tak ingat aper namanya. Tapi ruangan tu kita berpeluang bertukar2 gmbr tak kira lah dari majalah ke surat khabar ke atau aper2 ajelah.
Contoh yer mcm akak ader gmbr Andy Lau…akak bagi tau lah dalam ruangan tu akak ader stok poster atau apa2 yang berkenaan dengan Andy Lau. Dan pihak lagi satu ader gmbr Leon Lai, jadi we all tukar lah suka sama suka.
Sampai ke Indonesia pun akak dapat member tau. Tp sayang dah terputus hubungan….
Bila terfikir sekrg rasa nak ketawa pun ader…
Kelakor…kelakor…kelakor….

Wednesday, April 6, 2011

28. SESEKALI TERLEPAS KANDANG DAAAA

Air Batu Campur
Assalamualaikum…….
Idea akak dah semakin byk nie tapi tak tau nak cite aper pulak. Traffic jem nie. Dah pulak kan. Hari tu blank hari ini memory full, nak kena ambil masa untuk delete dulu separuh yang tak boleh pakai tu. Baru memory fresh sikit kan.
Mcm2 lah Cik Ita sorang nie kan. Jap memory full kejap memory zero. Korang  layan ajelah dier, kalau rasa2 tak larat nak layan jgn layan……..
Semalam akak dan opismate pi makan kat jauh sikit….jauh ler dari biasa sbb selalu we alls mkn kat depan2 nie aje dan mengunakan kaki untuk pusing2 jalan2 cari makan.
Akak ckp jauh tu sbb we alls pi sana naik motosikal. Mula2 rancangan nak mkn kat tmpt lain tp tempat yang kita org rancangkan tu dier tutup. We alls panjangkan sikit perjalanan we alls tu ke Taman Gelora.
Waaahhh, jiwa rasa gelora, kasih pada teruna…..(ellleeehhh nyanyi pulak).
Sebenarnya akak pun dah lama tak sampai kat Taman Gelora nie. Hissh mmg lama betul tau lebih rasanya dalam 10 tahun. Yang masih blur2 dan tak ingat kat mana tu, ala yang dekat Kampus IKIP tu, tp akak tak ingatlah IKIP yang keberapa. Maklumlah IKIP sekrg byk sgt anak2 nyer……
Sampai kat sana akak order ROJAK AYAM MEE and AIR BATU CAMPUR.
Nielah ROJAK AYAM MEE tu...opppss baru lak perasan patutlah akak kekenyangan giler...korang tgk perbezaan dier tu.....
Dikatakan agak terkenal kat situ, tu org yang ckp akak tak pasti ia benar atau tidak. Selain rojak dari perlihatan dan tinjauan yg akak buat serta akak curik2 teropong menu lain ialah nasi ayam dan menu tu pun dapat perhatian dari pengguna.
Mula2 akak sampai hanya 2 3 meja aje yang ader org, tp sambil akak makan2 dan borak2 kosong tu makin lama makin ramai yang memenuhi meja. Lama2 penuh semua meja kat situ.
Tak sangka lak kali ini hhhmmmm malu lak nak cite, abis gak satu pinggan rojak dan semangkuk ABC tu…Lapor giler kot.
Dia punyer kekenyangan tak hingat tau, perasaan tu mcm kita makan dan minum masa berbuka posa…Korang bayangkan lah sendiri yer.
Masa balik tu ingat nak singgahlah beli Karipap panas, hmmmm tak payah berangan ler yang ader kat dlm perut nie pin tak kemana2 lagi. Nie nak tmbh lagi. Tak usah lah. We alls decide next time baru beli.
Kekenyangan sampai mlm…..
Brrruuuppp alhamdullilah

Tuesday, April 5, 2011

27. HOLIDAY?????


Yehhhaaa….Tuesday time. Hari untuk menonton tv sedunia…..
Kejap bebenor kan masa berlalu. Dah hari Selasa, rasa mcm baru aje semlm akak tulis N3 ttg TUESDAY tukan.
Hmmm hari ini pun akak agak sibuk skt. Sibuk buat aper tu kak? Yang sebenarnya kan akak tak tau kenapa 2 3 hari nie akak mcm dah kekeringan idea. PPPLLLEEEASEEE somebody give me an idea??? Something wrong up there nie?
Rasa dlm hati nie mcm nak pergi bercuti aje. Tapi nak kemana yer. Kaki nie dah gatai2 dan gian nak bergambar? Dan yang pasti boleh gak mula bershopping rayakan. Buat persiapan awal sikit dan tempah awal2 nie. Nanti tak lah kelam kabut. Biasalah kang kalau dah dekat2 nanti org dah tak terima tempahan.

Tp nak kemana? Ke Kuala Lumpur? Dah tak de port nak pi. Kawan akak yang selalu akak pi umah dier tu, dier baru2 nie dah kawin so seganlah akak nak menapak ke rumah dier. Dia dan suami terima kehadiran akak nie. Kan penyibuk aje kan. Maklumlah pengantin baru, kacau aje org nak honeymoon.
Rumah adik pun ada kat sana, malulah sbb tu umah adik iparkan. Kalau adik sendiri tu gagah jugak.
Hotel? Takkan nak pi duduk sorang2 lak. Takkkk sesuewwwaiiiii…
Bukan bermakna akak takut tau tapi korang bayangkan lah akak sorang2 dlm bilik hotel tu, kang kena kidnap ngan cik han. Sbb ramai yang cerita ada satu bilik kat hotel mesti ada dia kan. Manalah tau kot2 nasib tak baik akak sebilik ngan dier….HHHHEEEEEEEEEEE harus takut tau.
Sedar2 pagi,  tido kat bilik air. Sape nak jawab tu.
Baik duit sewa umah tu pi shopping2 and makan2 kan. Berbaloi2 gak.

Gambar Ehsan dari MBJB.GOV.MY dengan bantuan pak cik google
Johor????
Yang nie mmg org Johor dari dulu2 pun alu2 kan kedatangan akak ke sana tp jiwa akak blm ke arah sana. Hajat mmg besar nak jalan2 kat sana. Maklumlah blm smpi kesana kan. Hhhmmmmmm boleh difikirkan niekan. Mcm best aje bunyi nyer. Haii org Johor boleh ke akak ke sana? Sudi ke terima akak nie?
Sekrg nie susah lah nak ajak member pi bercuti mana? Mereka semua dah berkeluarga payahlah nak ke mana2 kan. Semua dah ader komitmen.
Tak boleh mcm dulu2 lagi and nak lepak2 tak tentu hala. Akak jugak lah tinggal keseorangan. Saper2 kat sana sudi nak temankan akak tak.
So sad…………….
Kan nanti cuti 1 Mei jatuh pada hari Ahad so dia anjak ke hari Isnin. Jadi boleh ambil cuti sampai hari Selasa kan. Puas aku berjalan nanti.
Tp akak dan keluarga nak berpindah so rasanya kena tangguh dululah kot. Nak packing barang2.
Tangguhkan dulu kot cuti maybe cuti dalam bulan 6 pulak apa2 mesti seblm bulan posa……

p/s : Tp dalam hati ini rasa nak berjalan sgt2 dah….Kemaruk bebenor rasa dlm hati…………. KL JOHOR KL JOHOR KL JOHOR KL JOHOR KL JOHOR KL JOHOR KL JOHOR KL JOHOR KL JOHOR KL JOHOR KL JOHOR KL JOHOR KL JOHOR KL JOHOR KL JOHOR KL JOHOR KL JOHOR KL JOHOR KL JOHOR KL JOHOR KL JOHOR
last2              KUANTAN WITH LOVE ONLY (ahhhhaakkkksss)