Thursday, April 28, 2011

36. MAPEX OH MAPEX


Assalamualaikum…….
Lamanya tak tulis n3, maklumlah bz memanjang. Dari mgu lepas lagi. Mgu lepas lak dari Jumaat hingga Ahad berkampung kat East Coast Mall Kuantan dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Janganlah ditanya kenapa kan?? Keja lah beb mencari sesuap nasi. Menjual rumah sempena pameran MAPEX. Jual rumah yer bukan jual org…???
Penat mmg penat tp berbaloi2 gak lah.  Dapat gak belanja nak pi cuti2 window shopping kat Kuala Lumpur nanti. Ahhh skt aje dapatnya kang kalau byk abis byk. Biasalah zaman sekarang nie duit keluar mcm paip air. Pecah aje RM 50.00 esk dah tinggal RM 10.00. Kadang2 tu dok fikir apa lah aku beli nie smpi tinggal byk tu.
Masa kat ECM tu biasalah kan kadang2 rasa boring sbb tak der org sgt tp biler masa org ramai tu tak menang tangan dibuatnya. Terjual ke rumah?? Mestilah kan tgk lah saper kat kaunter. Walau pun hanya satu atau dua sekurang2 nya ader jugak. Jarang lah syarikat kitaorg pulang tangan kosong.
Tp masa2 mcm nie yang paling best dapat MAKAN??? Kadang2 ader gak bertapis sbb nak jimat. Tapi so far nie oklah tu. Kita bedal cukup2. Bila lagi nak merasa kan, nak pi sendiri mmg payahlah. Yang paling tak best kan ECM nie sbb undang2 dier ketat sgt. Nie tak boleh tu tak boleh. Makan kat kaunter pun tak boleh tau. Kena penalty and then siap snap gmbr lagi.
Dahlah 3 hari berturut2 kat ECM, hari Isnin kena hadiri seminar lak kat Vistana Hotel. Seminar ttg Insuran dan Risiko bagi syarikat perabut dan perkayuan. Punyalah boring and mengantuk.

Kenapalah dia ambil penceramah mcm tu…tak fresh langsung. Dahlah pagi2. Korang nak tau tak bukan hanya akak sorang aje yg rasa mcm tu rupa2nya ramai, ader one Chinese guy tu smpi tertido dan siap berdengkur lagi. Pada mulanya akak ingat member akak sebelah, akak pun buat tinjauan kat mata dier ternyata akak salah. Pastu bunyi makin kuat…makin kuat….
Akak pun pusinglah belakang….tgk2 nah sedap betul die tdo siap peluk tubuh. Agaknya apalah perasaan member yang kat sebelah tu ye..Akak ngan member ketawa tak hingat dunia, hilang kejap mengantuk.
Kita berdua asyik tgk jam aje bila lah nak berakhir. Nasib baik lah dia buat setengah hari aje. Kalau tak mati kutu akak dibuatnya. Sakit belakang2 asyik duduk aje.
Tepat jam 1 tgh hari apa lagi cabut ler…tak tgu2 lama punya. Tapi bukan cabut balik opis tapi jeng jeng jeng…
Makan ler…he he he (jangan mare, dah makan time kan, kelaparan tau)

No comments:

Post a Comment