Assalamualaikum…….
Tadi baca paper Berita Harian, biasalah kegiatan pagi2 bukak akhbar dulu, tgk intisari rancangan oppps bukan lah tgk2 berita terkini lah kan. Tp pastikan jangan ambil masa time office hour tau.
Belek2 paper akak terbaca satu tajuk kat ruangan agama tu kan, moh kita share sama2. Moga2 ia menjadi satu peringatan dan tauladan buat akak sendiri dan korang.
KESAN FITNAH LEBIH BAHAYA DARIPADA PEMBUNUHAN
Akak tau kalau akak tak share pun korang pun tau sbb benda2 nie umum. Semua org pun tahu, saje nak imbas kembali. Bak kata Dr. M melayu kan mudah lupa…
ANTARA PETIKAN HASIL NUKILAN DARI FELO AKADEMIK PUSAT KAJIAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN ISLAM, PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN, USM.
Perbuatan saling memfitnah banyak berlaku dalam masyarakat hari ini yang bertepatan dengan hadis Rasulullah S.A.W bermaksud “Akan muncul suatu ketika iaitu ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasanya sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah.” (Riwayat Muslim)
Fitnah diertikan sebagai sengaja mengadakan keburukan dan kekurangan orang lain, menokok tambah keaiban dan kelemahan orang serta memalsukan kebaikan sehingga menjadi keburukan. Ia boleh berlaku dalam bentuk lisan atau tulisan seperti surat layang, khidmat pesanan ringkas (sms), laman web sosial dan e-mail.
Islam menganggap fitnah satu daripada sifat muzmumah (tercela) dan dilarang Allah seperti dalam Firman-Nya yang bermaksud “Fitnah itu lebih bahaya daripada pembunuhan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 191)
“Jangan kamu ikuti setiap yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah.” (Surah Al-Quran, ayat 29)
Disebabkan terlalu banyak perkara palsu dan pembohongan dalam fitnah, pembuat fitnah biasanya menyembunyikan diri supaya tidak diketahui kerana tidak mahu bertanggungjawab dan menyedari perbuatan itu palsu.
Pembuat fitnah tidak berjaya jika tidak dibantu orang yang menyebarkannya. Sebab itu kedudukan pembuat fitnah dan penyebarnya sama dan meraka akan dimasukkan ke dalam neraka.
Perkara ini dijelaskan dalam hadis diriwayatkan daripada Huzaifah, katanya. Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Riwayat Al-Bukhari)
Lazimnya perbuatan memfitnah berlaku didorong oleh tamak, iri hati dan mementingkan diri. Ia juga boleh berlaku jika seseorang lebih mengutamakan kedudukan dan keduniaan (harta benda) melebihi kepentingan agama.
Implikasi fitnah lebih dasyat daripada membunuh. Jika membunuh hanya membabitkan orang tertentu dan berakhir pada masa tertentu dan berakhir pada masa tertentu, namun fitnah boleh menjatuhkan maruah seseorang dan seterusnya menimbulkan perpecahan, perbalahan, kemusnahan harta serta nyawa dalam jangka masa yang sukar disekat.
Orang yang difitnah akan mempertahankan diri dan apabila tahap kesabarannya mula hilang menyebabkan ia bertindak lebih agresif dan diluar batas kemanusiaan.
RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL…..
No comments:
Post a Comment