1. APAKAH GULA?
Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh
Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan, dalam bentuk fruktosa, dan susu, dalam bentuk laktosa.
Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga boleh ditambah ke dalam makanan semasa pemprosesan yang dikenali sebagai dula tambahan atau fre sugar
2. APAKAH SARANAN PENGAMBILAN GULA TAMBAHAN?
WHO 2003 menyarankan gula tambahan tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa, purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g)
Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan
Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangkamasa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesity. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan
Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi (dental caries). Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5%(2005) dan 80.9% dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997)
4. TIPS MENGURANGKAN GULA
Minumlah air kong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat atau air sirap dan cordial
a. Pilih atau sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula
c. Kurangkan kekerapan mengambil makanan yang bergula
d. Elakkan mengambil makanan yang bergula di antara waktu makan utama dan sebelum tidur
e. Semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan. Sekiranya gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan gula merupakan komponen utama makanan tersebut
f. Hadkan pemgambilan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman
g. Minta untuk kurangkan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis semasa memesan minuman.
h. Periksa kandungan gula dalam label minuman
i. Elak mengambil minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.
Bestnya ....terliur lak tgk............... |
Sumber : Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan
No comments:
Post a Comment