Monday, April 4, 2011

25. APA NAK DI KATO


nie contoh aje ehsan dari GOOGLE


Salam Sabtu buat semua….

Ader sihat semuanya. Kalau rasa tak sihat tu cepat2 makan ubat dan pi klinik yer. Dengan cuaca yang tak menentu sekrg nie yang sekejap panas terik and then hujan lebat selebatnya. Kena jaga kesihatan diri dan keluarga.

Akak lak setakat nie alhamdullilah diberikan kesihatan yang memuaskan. Sakit sikit2 tu biasalah kena lawan balik dier tak mau lemah2.

Kalau dah sakit sikit aje tp and dicampur lak ngan penyakit M tu mmg tak der ubatnya kan. M tu kalau menyerang tak mengenal siapa. Sukar untuk dipupus.

Dah 3 tahun akak kerja kat sini tp M.C satu hari aje tau. Bukanlah sepanjang tahun tu langsung tak sakit tp malas nak manja2kan diri sgt. Takkan dah terbersin sekali aje dah nak ambik M.C (tu contoh…contohh…aje tau).

Hari tu tu pun rekod bersih akak tu musnah sbb kena alergik tp tak tau sebab dan puncanya apa. Musykil sampai sekarang tak tau. Yang tau hari tu dok kena suap mkn kuih koci. Mmg sepanjang hidup akak tak pernah makan kuih tu. Maybe segala fungsi dalam badan nie terkejut beruk kot sbb apa kebenda lak nie masuk dalam badan. Dia memberontak dan abis satu badan gatal2.

Melalut lak kan….ok kita back to our real story wahhhh speaking London pulak dah….(gasak gi lah kan, janji semua hepi)

Hari ini akak bz skt lah…Nak daftar cari pekerja ladang untuk projek terbaru syarikat. Buat pendaftaran kat JOBMALAYSIA….punyerlah susah nak get thru. Puas menunggu dan ke halaman asmara opppss tersasul lak, halaman seterusnya. Nak isi maklumat nyer sonang dan sikit aje tp slow sgt.

Letih tau dok tgu…Baik akak curi2 masa tulis blog japkan. Nie lak nak masuk Kementerian Dalam Negeri lak nak cari FOREIGN worker pun sama. Dok dari tadi INTERNET EXPLORER CANNOT DISPLAY THE WEBPAGE. Sibuk sangat ke line dier….

Aaaaarrrrggghhh bikin akak tensen aje pagi2 nie….



Malam semalam banyak betul mimpi ngeri datang singgah….

Yang pertama tu mimpi gaduh dan perang mulut dgn member akak sorang tu. Tak sangka lak akak dalam mimpi tu garang berbenor tau…Siap bersilat lagi tu. Ha ha ha bukan silat yang tu. Apa lagi adegan tarik2 rambut dan belasah.

Lain bebenor dari alam nyata nie, yang akak mampu cuma menangis aje ler…Tp puas hati gak lah dapat berlawan walaupun cuma dalam mimpi. Umpama mimpi dalam mimpi….

Pastu satu lagi akak mimpi Mak kesayangan akak meninggal dunia. Ya Allah masa dlm mimpi tu rasa mcm betul2 aje. Akak menjerit kuat2 sambil berkata MAAAKKK, KENAPA TINGGALKAN ITA SORANG2….byk lagi perkara tak selesai dan jgn tinggalkan Ita sendiri selesaikan masalah2 yang ader nie. Tak sanggup nak hadapi nya sendirian.

Sobbb sooob skrg dok teringat lagi mimpi tu. Sedih sgt2 sambil mengalirkan air mata.

Betu2 tak sanggup kalau ia benar2 terjadi dalam hidup akak. Sekurang2 ader mak disisi umpama penguat semangat akak. Dahlah keseorangan tiada teman istimewa disisi  akak…

Oklah akak ngah sedih nie….nak layan perasaan jap yer….


No comments:

Post a Comment