Salam buat semua…
Hari2 dok fikir apa lah nak tulis kat blog nie…Mati kutu dibuatnya.. Malam semalam sebelum tido dok berfikir gak mencari idea.. ada gak 2 3 idea. Tp biler pagi nie lupa lak. Rasanya next time kena ader buku catatan lah. Senangkan. Ade aje idea terus catit.
Agak2 mcm manalah penulis novel tu kan memerah otak untuk mencari idea.
Mcm kalau kita ader kat luar semasa berjalan ke….menunggu bas ke….jalan2 cari makan ke….kita tgk sekeliling mmg byk bahan untuk diperkatakan. Mcm2 ragam kite lihat terutama bila Ita kerja luar…
OK….idea sudah mari …kita cite pengalaman Ita masa jual rumah kat pusat2 membeli belah yg terkenal yang ader kat Bandar Kuantan nie.
MAPEX yang pertama untuk tahun 2011, kalau tak silap 15 – 17hb April 2011 akan diadakan di East Coast Mall. Masa mula2 Ita kerja kat sini MAPEX hanya diadakan setahun dua kali aje, tp sejak ader tambahan pusat beli belah kat Kuantan nie dia jadi 3 kali setahun.
Jgnlah Kuantan bina pusat beli belah lagi kan….Nanti kang 4 5 kali setahun lak. Tu tak dicampur ngan yang buat sendirian berhad.
Bapok boring kalau dok sana tak der purchaser yang singgah dan yg penting kedudukan tmpat yg kurang strategik. No feng shui org cina kata bukan Ita kata tau….
Kalau kebetulan tmpt tu tak berapa nak bagus….sorang purchaser pun tak der singgah. Rasa mcm halimunan kaunter kita org tau. Kalau ader pun kitaorg nie mcm kaunter pertanyaan lak org dok tanya kedai nie kat mana…bank kat mana……
Ader satu kali tu masa buat exhibition kat Ktn Parade dulu hampir 2 mgu kat sana tau. Tp Ita buat giliran lah ngan akak kat opis nie. Ya Allah dia punyer sunyi sampai kitaorg sempat menulis cerpen lagi tau.
Ianya berkisar keadaan sekliling we oollls tau. Mcm2 cite ader…Suami isteri bergaduh pasal duit bukan ....Pasal org beli emas….Ader gak yg kena tangkap kerana mencuri. Mcm2 ragam tau. Pastu kitaorg selitlah nota2 tersebut dlm satu buku dan besok tu kita bacalah pengalaman masing2.
Syok gak mcm tu tau…..Sekrg biler bukak balik senyum sorang2. Kelakar gak pengalaman tu tau.
Masa nie gak kita org akan bergambar sakan. Mcm2 aksi dan pose. Nak buat mcm mana masing2 suka bergambar. Pantang nampak kamera dan ader tmpt menarikkkkk…Sambil2 sembang dan duduk2 kat booth pun menjadi serta masa menampal sticker gak kita pose maut…..
Nie ha ita sertakan beberapa keping yer….
Lagi satu aktiviti kitaorg masa exhibition niekan ialah MAKAN. Mesti ader yang mengata tu hissh Ita nie tak abis cite pasal makan. He he he. Nie sensitive punya hal kan…Lantak koranglah. Ada aku kisah, Booth kita orang nie mmg agak terkenal masa MAPEX nie. Kita orang nie amat pakar cari makan yg pelik2 gitu. Masing2 dok intai2 lah apa kita org makan. Bukan Ita sorang tau, kitaorg bertigo….Saper tak nak kan makan tanggung berak canggung……
Bila bercerita bab makan free nie ada gak yg jeles tu mcm2 ckp kat Ita sbb kenapa suka sgt kerja luar dan tak sabar nak pi sana (sbb tak sabo nak mkn FREE.. Pleaselah ok kalau Ita nak masih mampu lagi nak pi makan sendiri. Kalau tak ader duit sgt mak bapak Ita masih boleh bagi mkn anak dier yg sorang nie tau)….
tp dia biler suruh buat kerja boleh lak kata mcm nie ya tuan2 dan puan2 ….lebih kurang berbunyi mcm nie yer “ EHHH…BUKAN KERJA AKU”, bila bab mkn lak laju aje….kerja tak nak…Ita nie berbaloilah kan sebab buat kerja…. (puji diri sendiri Nampak)
Tp hakikatnya bukan mcm tu kita nie jenis berdisplin dan bertanggungjawab terhadap kerja. Kalau sykt tak tanggung makan pun, dah di namakan kerja kita ttp kena laksanakan. Betul tak wahai cinta hati ku sekalian….Ahhh biarkan dia terjun dengan labunya kan. Org mcm tu kalau kita layan mmg sakit jiwa dibuatnya..
Masa makan pun sempat bergambar gak…jgn mare yeee….
Tp rasa suka gak kalau tiap2 bulan ader pameran mcm nie jadi income tu ader lak naik sikit kan. Bersih bolehlah dapat ribu…bukanlah smpi ribu2 lemon tu, ribu rupiah aje….
Kwang…. Kwang…. Kwang….
Tgk biler tak idea terus kering ngan idea tp biler dah idea tu mari…menaip pun tak boleh berhenti mcm2 pulak nak cite.
No comments:
Post a Comment