Wednesday, March 16, 2011

9. KOLEKSI KU

Hari ini nak cite pasal mengumpul barang-barang.......Korang ader menyimpan barang apa ye. Mailah kongsi cerita.

Ita sendiri pun hangat2 taik ayam aje. Bukanlah taksub sgt nak mengumpul...bila ader peluang tu tak lepas peluang punyer. Apa lagi tangkap ajelah. Tak lah byk sgt mengumpulnya tp boleh tahan gak lah. Tak delah layak lagi nak masuk surat kabo mcm org lain tu penuh satu umah koleksi dier.

Ita suka tgk tin coke tu asal dia ader tin baru aje mesti capai punyer. Ala kos dia murah aje kan dlm RM 2.00 aje.  Untuk pengetahuan semua Ita kumpul yang tin nya masih blm dibuka tau. Kalau kat umah yang ader gatal2 tgn membukanya Ita akan pastikan cepat2 mencarinya. Itupun kalau yg barulah, tp kalau yg dah lama sikit tu diaorg pun tak berani kerana dah expired.

Benda nie Ita tak dedah pun krn Ita tahu ramai yg suka minum air coke. Apa org kata buat terliur aje. Ita simpan dlm almari yang ditutup rapat sehingga sendiri pun tak ingat kewujudan nya. Gitttuuu...

Setakat ini belum ader lagi yg dari luar negara, sbb ader ramai kawan yg tak boleh harap pun. Bila kirim pun bukan pernah dapat. Tak sporting kan dorg. Kalau betul2 dia bawak balik nanti Ita bayarlah bukan niat nak free pun.

Sbb faham sekrg kat dunia nie semua kena bayarkan. Ahhhh lupakan lah yg tu. Jika ader rezeki tu nanti pasti Ita akan miliki jua. Walaupun satu aje kan. Agak2 saperlah yg akan realisasi kan impian Ita yang tak seberapa nie kan.

Antara koleksi Ita....Ita ader kumpul 4 tin edisi khas masa sukan Beijing itu hari, jenuh gak pusing kedai mencari. Sbb lain kedai dia tak hantar yang sama design. Mengikut kata tukang jual tu lah kan.





Lepas tu satu lagi Ita minat kumpul kereta hot wheel tp membelinya setahun sekali aje..... Ahhhkkksss tu pun dinamakan peminat ker. Tak pelah yang pasti ader gak koleksi nya kan.






Pppssssst nie nak cite satu rahsia... Dulu Ita pernah taksub ngan mainan yang jual kat MC D tu ....”Happy Meal”.  Tiap2 hari Khamis mainan akan bertukar maknanya tiap Khamis yang menjadi mangsa kawan lama masa kat opis lama yg jadi mangsa membelinya. Dulu2 harga sektk kalau tak silap dalam RM 5.25 aje. Sekrg dah mahal sikit kan.  Almaklumlah dah lama tak beli. Malas aje nak buat giler mcm dulu......





Berkotak2 ader kat umah. Bukan nya nak mkn pun burger dan fries yang disertakan bersama kotak tu...Cuma nak  mainan pun dah cukup puas hati. Sekrg dok fikir mana lah nak humban mainan2 tu kan. Mainan MC D nie mmg cantik. Nak buang sayang...nak simpan lak kat mana sbb ader berkotak2 tu.  Biler fikir2 sekrg nie mcm membazir ajekan. Anak saudara pun dah besar bukan nak main lagi benda2 mcm tu. Budak sekrg nie sibuk main internet lah, PS lah............




No comments:

Post a Comment