Thursday, March 10, 2011

3. Tempelan ....

Kerana aku nie terlalu pandai membuat blog aku tedelete entri pertama aku ....so nasib baik aku copy paste dalam file aku....he he he ada gak penyelamat...lebih kurang mcm nie lah ya...

Assalamualaikum…….
Org lain nak memblog aku pun teringin gak…..
Sesekali aku rasa teringin, melewati hatimu yang dingin….hissh mengimbau kenangan lama tu…
Kenangan bersama kasih…umpama mimpi didalam mimpi….(ahhhakkks kenangan lama gak tu)
Tak payah lah merepek banyak2 kan… ini cubaan (bukan betul2 tau..hi hi hi lawak lagi)  aku yang sulung..my first baby tp aku akan cuba sedaya upaya untuk menulis atau memblog tiap2 hari, buat member aku yang tersayang (kalau korang syg kat aku, aku lagi sayang kat korang.  MMMUUUUAAAHHH special untuk korang).  Selamat membaca, cuba renung2 kan dan selamat beramal….wah lagak mcm ustazah lak….hi hi hi
Dalam en3 yang pertama nie aku malas nak cite panjang kan, sekadar pengenalan yang aku nie dah ader blog dan untuk korang bebas untuk mengomen (bukan beromen..yang tu tidak dibenarkan disini) apa2 pendapat korang tentang apa yang berlaku disekeliling aku. Ibarat mcm diari aku ler…tapi diari yang selalu org tulis tu RAHSIAAA kan tapi aku nie nak share ngan korang.
Kalau kat fb tu kite dah tak nampak apa comment dan pendapat kita yang dah lalu kan. Yang nie kita boleh baca ngan sonang walaupun dah lama berlalu.
Apa pendapat korang semua setuju tak ngan cadangan aku. Yang setuju mailah jadi geng aku ok. Yang tak setuju shhhoohhhhh jauh2, jgn nak menyemak dalam blog aku ok.
Aku kan sayang kat korang so aku nak share lah ngan korang mengenai kehidupan aku seharian, apa yang aku rasa, terkena, dibuli, peristiwa yang menarik dan yang tak dapat dilupakan  serta sekadar luahan hati aku yang sunyi nie……..korang teman dan dengarlah LUAHAN HATI nie
Kalau aku rajin aku akan sisipkan resepi yang menjadi kegemaran aku dan yang aku telah cuba setelah aku mencarinya resepi nya di laman web dan blog2 yang sedia ada serta atas bantuan pak cik google kite tu yang tidak jemu menolong kita mencari apa yang kita nak (terima kasih pak cik google….)
Sebenarnya…. dah lama dah (pinjam perkataan Dr. M) aku create blog nie tapi tak berani nak publish kat korang tapi ngan kekuatan aku entah kenapa hari ini aku nak share ngan korang. Nampak tuah korang lah kot. Tapi dalam lain perkataan aku nak ia nya menjadi hadiah hari jadi untuk aku sendiri… Hadiah yang pertama buatku dari ku..(korang faham taka per aku nak terangkan. Kalau korang tak faham buat2 lah faham ya…
Aku rasa tulah aje untuk tengah hari ini…tgklah kalau petang2 kang aku cuba  untuk menulis en3 yang terbaru ok.
Love u olllss kerana sudi menjadi en3 aku yang pertama dan tak seberapa ini…..

No comments:

Post a Comment